Mu Comel Aku Nok Comel!
Demi untuk comel atau cantik, ada orang yang sanggup menjadikan organ
sendiri sebagai santapan. Bunyinya mungkin pelik tapi itulah hakikatnya iaitu
sanggup makan uri sendiri kerana ingin kelihatan cantik dan menawan. Dalam Berita
Harian pada 22 Julai lalu, telah
mendedahkan isu “makan uri” ini sebagai satu fenomena gila yang mana terdapat bintang filem dari negara luar yang
mengamalkannya sebagai makanan enak, membuat diri kelihatan muda, melawan kemurungan
dan meningkatkan pengeluaran susu. Persepsi yang pelbagai tentang kelebihan uri atau nama
saintifiknya plasenta turut memberi inspirasi kepada pengeluar makanan di
pelbagai negara yang secara khusus mencipta produk yang dapat di masak bersama uri. Begitu juga, ada
yang menjadikannya dalam bentuk pil sebagai makanan tambahan dan ada juga dimasukkan dalam peralatan kosmetik.
Termanggu
sendiri, rasanya oh tidakla...biarlah aku begini...tak nak...makan daging sendiri apa lagi daging orang lain...Apa sudah jadi dengan dunia…Inilah
sebahagian kisah dalam kehidupan masyarakat, kerana ingin cantik dan menawan
sanggup melakukan apa sahaja. Tahukah anda sebagai orang Islam, banyak cara
lain yang boleh dilakukan untuk kekal
cantik dan menawan. Tidak perlu mengikut
budaya masyarakat asing yang tidak
ada batasan dalam berhukum ; antara yang
halal dan haram. Yang pasti secara
asasnya memakan organ itu dikategorikan sebagai najis seperti yang dicatatkan
oleh Imam Taqiyuddin Abu Bakar Muhammad al-Husaini dalam kitab Kifayatul Akhyar
bahawa setiap cairan yang keluar dari dua jalan (dubur dan kemaluan) adalah
najis, kecuali mani.
Oleh
yang demikian, mari kita ikut cara betul, rasanya tak apalah tak cantik pun
yang penting kita sihat dan banyak lagi cara untuk kekal sihat. Kecantikan yang sebenar ialah kecantikan dari
dalam kemudiannya akan menyerlah keluar . Tak lain dan tak bukan mafhumnya, ialah kecantikan rohani akan membentuk jasmani
yang menawan. Untuk cantik rohani, mari kita tingkat amalan diri menjadi hamba
yang beriman dan bertaqwa.
Moga Ramadhan kali ini lebih bererti dari Ramadhan sebelumnya. Moga masa 30 hari yang
diberi untuk melakukan amal ibadat, akan subut dan istimrar sepanjang zaman. Jika bulan ini kita sentiasa
ingin meraih pahala dengan melaksanakan
amalan sunnah dan mencari barakah, apalah salahnya untuk tampil hebat maka mari kita amalkan cara Rasulullah SAW
sebagaimana promosi iklan hari ini,
“Amalkan Pemakanan Sunnah, Insya-Allah Anda
Tampil Hebat.”
Apakah dia makanan sunnah, Insya-Allah dapatkan penjelasan lanjut
daripada Ustaz Mohd Azubir Razali.
(jangan marah). Antaranya makanlah susu, madu, kambing, kurma, tin, zaitun,dll.
Apa pun,
terdapat beberapa tips untuk dikongsi sama:
·
Wajah Kelihatan Menarik
Cucilah muka anda lima kali sehari
dengan berwudhu. Jika bercermin, sentiasalah berdoa.
·
Wajah kelihatan Manis
Senyuman dibibir yang lahir dari rasa ikhlas dan
bersaudara. Sentiasa lafazkan salam kepada
siapa sahaja, sentiasa bisikkan
kalimah Allah, berkata pada perkara yang baik, bertahan dari berkata yang
buruk. Amalkan sunnah iaitu bersugi.
·
Tubuh Kelihatan Langsing Menawan
Jangan lupa amalkan diet yang
teratur melalui puasa Isnin dan Khamis dan makan makanan yang halal dan
toiyyiban.
Selamat Mencuba…
Comments