Posts

Showing posts from December, 2013

Rahsia Hayat dan Maut

Pada hemat kita yang diam tidak bergerak itu adalah mati, manakala yang subur dan bergerak itu adalah yang hidup. Pernahkah kita  memperhatikan pada tumbuhan-tumbuhan iaitu keluarnya tumbuh-tumbuhan dari biji benih dan keluarnya biji benih dari tumbuh-tumbuhan, begitu juga pada kehidupan binatang, keluarnya ayam dari telur dan keluarnya telur dari ayam. Betapa menakjubkan jika kita memperhatikan keadaan ini. Allah  Maha Suci  dan  Allah  M aha Besar . Kita sedar bahawa disebalik  biji benih dan telur itu bukanlah berada pada yang mati, tetapi berada pada yang hidup, kerana didalam kedua-duanya terdapat hayat yang tersembunyi dan persediaan ke arah hayat yang seterusnya, yang juga turut akan membawa jenis baka atau warisan yang  mana kehidupannya juga sungguh menakjubkan. Itulah ciptaan Allah yang Maha Hebat. Sebagaimana firman-Nya dalam surah Yunus ayat 31 yang bermaksud: " Dan siapakah yang berkuasa mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang

Berilah Aku Ilham

Berikan aku Ilham untuk berkarya.... Sedang merancang dan menyiapkan bahan untuk diterbitkan dalam Suara Masjid.

Syukur pada-Mu Ya Allah

Dikurniakan anak yang sihat segala-galanya. Teramat syukur dan tiada lafaz yang paling indah untuk disebut kecuali kalimat "Alhamdulillah" saat kaki melangkah masuk ke Unit THT dua hari lepas. Betapa kuat dan tabahnya hati ibu-ibu dan ayah-ayah yang dianugerahkan anak istimewa. Sepanjang hampir  3 jam berada di situ pelbagai gelagat yang menarik perhatian aku untuk melihat mereka, cara mereka senyum, cara mereka menarik perhatian orang dan pelbagai lagi. Terbayang anak-anak yang bercuti di rumah. Buat apa mereka tika ini. Harapnya mereka selamat dirumah. Mujurnya ada pembantu yang sedia membantu menjaga mereka. Ya Allah selamatkan mereka, lindungi mereka dari keburukan, jauhilah mereka daripada segala ancaman bahaya.

Lembaran Baru: Hari Ini lebih Baik dari Semalam!

A ku yang dulu bukanlah yang sekarang. Lirik lagu ini telah menjadi dendangan  anak-anak kita hari ini, siapa yang tidak kenal Tegar? menariknya lagu ini menggambarkan diri sebenar si penyanyi cilik yang berubah dari dahulunya keadaan sukar kepada kehidupan yang lebih baik. Bagaimana dengan diri kita?  Adakah kita boleh melakukan perubahan? Jawapannya sudah tentu kita juga boleh! Mengapa tidak? tetapi ianya perlu ada niat dan disertai azam, juga usaha untuk berubah.  Memasuki awal Muharram 1435H  bermakna lembaran baru  bermula dan ini bermakna lembaran lepas yang  bercoret dengan pelbagai rona kehidupan suka dan duka menjadi kenangan dalam diari kehidupan seseorang. Sebagai hamba Allah yang telah diberi  berbagai taklif, kita hendaklah  sentiasa bermuhasabah diri dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Hari ini masyarakat berkata tentang Key Performance Indicator (KPI)/ Petunjuk Prestasi Utama untuk mengukur kualiti, prestasi dan pencapaian