Cerita Sama tentang Mercun

Saban tahun bila Ramadhan menjelma, isu yang sama, terbakar tangan, melecur muka, terkena mercumbuatan sendiri dan sebagainya. Apa sudah jadi pada anak-anak sekarang, tak serik mendengar cerita dan berita, bahkan ada yang melihat sendiri dengan mata kepala bagaimana insiden main mercun membahayakan diri sendiri, tetapi nak juga bermain api...

Kepada anak lelaki yang begitu teruja nak melihat kawan bermain mercun, aku katakan kepadanya yang dibakar itu adalah duit ayah dan emak mereka. Sanggupkah kita membakar duit yang diberi Ayah dan Emak kita untuk belanja sekolah, setelah Ayah dan Emak kita bekerja untuk mendapatkan duit 10 sen 20 sen, terpaksa berpenat lelah keluar pagi dan balik petang semata-mata untuk memberikan pada kita supaya tak lapar di sekolah dapat belajar tanpa gangguan.

Namun, dek kerana melihat kawan bermain teruja juga nak membeli, walau tak dapat, nak juga dia pergi menjenguk, apalagi jawabnya kena baca alif, ba, ta, dan seterusnya tak berbaris....Bukan apa bimbang yang pergi menjenguk kena padahnya.

Melihat di depan sana, Pak Cik yang sedang duduk-duduk sambil menjual mercun api, hati rasa tak senang, macam mana nak bagitau perkataan ini:


   "Pak Cik,  tak payahlah jual kat budak sekolah, jangan fikir untung fikir keselamatan budak-budak,"


Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu