Posts

Showing posts from 2014

DEMAM RAYA

Assalamualaikum wr. wbt. Sudah lama tak berblog...Berkesempatan pula hari ini....Suasana di ofice semakin lenggang...Aku masih kukuh duduk dikerusi....Hati sudah jauh melayang ke kampung, walaupun pada hakikatnya jasad masih di sini, dikerusi ini, di kompleks ini dan di Putrajaya....Lambat jam 5.30, tambahan lagi semalam baru dapat surat perpindahan ke JAWI.... Gembira atau tidak, terima suatu takdir yang telah tersurat, ada hikmah yang tersembunyi perlu di gali dan diterokai, ada medan yang perlu ditempuhi, semoga ada kekuatan untuk terus menapak dalam kerjaya yang telah diamanahkan. Benarlah apa yang pernah kutulis dahulu semasa memohon Scholarship MARA.  Antara ayatnya yang masih kuingat ialah:                     "Saya akan berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air saya" "Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu." Saat orang membayar hutang pinjaman pelajaran, aku bebas tanpa hutang....dan tatkala diijabkabul pun tiada hutang bank y

Bertanam-tanaman

Daripada Jabir bin Abdullah RA beliau berkata telah bersabda Rasulullah SAW: Tidak ada daripada seorang Muslim yang menanam satu tanaman, kecuali apa sahaja yang dimakan daripadanya itu menjadi sedeqah. Apa yang dicuri orang daripadanya juga menjadi sedeqah. Dan tidak diambil daripadanya oleh seorang kecuali semuanya itu menjadi sedeqah.

AYAT-AYAT CINTA

AYAT-AYAT CINTA Antara nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada semua makhluk adalah nikmat cinta. Setiap makhluk punyai rasa cinta, sama ada sesama mereka atau cinta kepada pencipta. Allah SWT telah menjelaskan dalam   surah Al-Baqarah ayat 165 yang bermaksud: “Ada diantara manusia yang mengambil selain Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksanya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” Cinta adalah Fitrah Manusia diciptakan Allah SWT secara berpasang-pasangan iaitu lelaki dan perempuan. Mereka dikurniakan Allah SWT dengan rasa cinta, kemudian menjadi peny

Semalam Hari Ulang Tahun Kahwin Kami

Image
Syukur pada Allah SWT yang telah dan  sentiasa menganugerahkan rasa sayang kepada hamba-hamba-Nya. Rasa sayang yang lahir dari hati itu menyebabkan hati itu tidak kering untuk menyayangi dan merasa disayangi. Terima Kasih ya Allah atas  ketentuan-Mu yang telah mempertemukan pasangan ini dan memberi kebahagiaan kepada mereka. 14 tahun sudah berlalu  bermakna 14 tahun sudah melayari kehidupan berumahtangga. Teringat falsafah disebalik asam, garam dan gula yang disuap untuk dicicipi...rasanya hari ini sudah ku temu jawapannya....Mengapa ia menjadi adat  turun temurun. Disuapkan asam, garam dan gula untuk dirasai bersama.... Terima Kasih untuk Suami kerana sanggup berkongsi suka dan duka, menjagaku setiap masa, menunjuk jalan saat aku kebuntuan, mengajar aku tentang kehidupan, memberi  peluang aku menggalas sebuah tanggungjawab dan menjaga amanahmu setiap  masa. Mohon maaf atas kekurangan, Semoga Allah SWT sentiasa menunjuk jalan pada kita sekeluarga.   Amin....

Apa yang Terjadi Hari Ini

Cuaca panas dan kemarau ketika ini merupakan salah satu ujian kepada kita.   Beberapa negeri telah mengalami masalah kekurangan air bersih iaitu di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Sepanjang waktu ini, penurunan paras air di beberapa empangan terutamanya di Selangor telah memberi   kesan terhadap bekalan air kepada orang ramai. Di sebahagian tempat   di Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah melaksanakan pengagihan air berjadual iaitu selama dua hari sekali. Jadual pengagihan air ini dilakukan bagi mengawal penggunaan sumber air mentah daripada empangan yang mengalami penurunan paras kritikal. Penggunaan air secara berhemah dan tidak membazir sangat   diperlukan di kalangan pengguna hari ini. Menurut laporan dari Malaysia Water Industry Guide 2013 , penggunaan air domestik perkapita sehari telah meningkat dari 210 liter pada tahun 2011 kepada 212 liter dan dijangka terus meningkat. Oleh yang demikian, kesedaran tentang   penggunaan air secara b

Dah lama tak berblog

Bila sibuk dengan tugas-tugas harian, lupa untuk menjengah ke sini. Hari ini Sabtu, 8.2.2014 alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi.

Lahirnya Semangat kerana C.I.N.T.A.

12 Rabiul Awwal  1435 H Bulan ini masyarakat memperkatakan tentang cinta dan melahirkan rasa kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Mengungkapkan kisah kasih  dan sayang supaya akan lahir rasa semangat dalam berkehidupan. Mencontohi dan menghayati kehidupan Nabi  SAW perlu ada dalam diri setiap masyarakat. Perlu diketengahkan kasih sayang dan cintalah yang menyebabkan lahirnya semangat dalam kehidupan para sahabat sehingga mereka tidak hiraukan tentang kehidupan dan tidak berangan-angan untuk berumur panjang, mereka tidak teringatkan harta dan mereka tidak takut pada kesusahan, malah mereka tidak bimbang akan kematian. C..I...N....T...A bukanlah suatu perkara yang boleh dijelaskan...Cinta ialah satu keadaan hati yang mengatasi lafaz-lafaz perkataan dan baris-baris ayat. Cinta ialah satu perkara yang apabila telah  berakar dalam hati dan menunjang dalam perasaan akan menguasai segala perkara yang ada kaitan dengan perkara yang dicintai. Lantaran itu maruah dan kehorma

Melayan Perbualan Anakanda

"Mama....kita nak cakap ini," Kata Imam belum sempat habis ayat seterusnya, Hanif mencelah..."Di sekolah kita belanja....." Ku pandang suami, Apabila nampak suami membuka mulut untuk berkata....belum sempat berkata, Iman sudah mendahului baba, katanya," Baba hari ini kita ada berita gembira dari sekolah," Aku bertanya, "berita, berita apa iman?" Dia dengan lantas menjawab, "Ibu-bapa kena ke sekolah ambil duit RM100.00 sambil tersenyum," Hanif mencelah perbualan pula, "Kita tak dapat surat macam Imana, tapi Baba kena datang ke sekolah untuk ambil duit, nanti bagi kita tau," Baba mereka sambil memandu si kenari kesayanganku berkata, "Mana boleh budak kecil pegang duit banyak, nanti hilang dan bahaya kena curi, biarlah baba yang pegang duit kamu.... He..he...duit, duit...anak sudah pandai menilai duit...begitulah situasi dalam kereta, setiap kali pulang dari kerja dan mengambil merekaa di transit. Macam-macam cerita yang