Pesan Ibu Mertuaku

Tujuh tahun dahulu, Ibu mertua pernah berpesan, ujian Allah bermacam-macam, Allah datangkan ujian melalui anak, suami, harta dan lain-lain. Sebagai perempuan kita perlu banyak bersabar.

Sebagai menantu dalam keluarganya, walau menantu seperti anak jua. Banyakkan sabar dalam hidup berumah tangga. Banyakkan doa semasa menyediakan makan dan minum supaya Allah ikat hati suami dan anak-anak dengan kasih sayang.

Kepada Mertuaku, walau mertua seperti jua ibu sendiri, terima kasih atas kasih sayangmu  yang tulus, kerana nasihatmu dulu, hari ini aku berdiri dengan kekuatan dan semangat yang kau berikan, dengan kesabaranmu jua menjadi inspirasi kepadaku dalam membesarkan anak-anak. Betapa sabarnya dirimu dalam mendidik anak-anakmu...

Terima kasih jua kerana sudi menerimaku sebagai menantu dan ibu kepada cucu-cucumu.  Maafkan aku emak...kerana tidak dapat menjadi menantu yang baik, tidak dapat menjaga anakmu dengan baik sepertimana engkau menjaganya...

Kepada anak kepada mertuaku yang menjadi suamiku, mohon maaf atas kekurangan...

Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu