Posts

Showing posts from 2012

Cuti di Akhir Tahun

Image
Tahun ini anak-anak mengambil keputusan untuk bercuti di kampung. Aku dan Suami? Pengorbanan untuk kalian, Baba dan Mama stay di Bangi, meneruskan kerja "makan gaji". Buat anak-anak... Kami tak menghalang kehendak kalian untuk bercuti di kampung supaya kalian tahu bagaimana kehidupan di kampung asal kami dari sana jua. Buat Suami.... Biarkan mereka belajar tentang kehidupan di sana supaya nanti mereka tidak kekok dengan kehidupan kampung, berenang di sungai, mandi di kolah, menangkap ikan, menghidu bau getah susu, biarkan mereka mengenal kehidupan itu. Buat diri.... Sekali-sekala biarpun berat, itulah kehendak yang perlu ditunaikan, mereka tidak boleh dibiarkan berkurung di dalam tembok batu, tidak kenal jiran tetangga, tidak kenal kata bicara, mana yang baik dan yang buruk kerana terbatasnya dalam pergaulan. Cuba menjadi ibu yang baik memerlukan kita memahami banyak situasi, cuba menjadi ibu yang memahami, memerlukan kita memahami perasaan mereka, cuba memahami perasaa
Iman+Taqwa+ Ilmu+Tazkirah = Kunci Kejayaan Tarikh : April 2, 2012 - 10:06am Editor : mdyusof Oleh: Ustazah Nik Norliza binti Mustapa Sekadar satu perkongsian bersama. Kita bukan yang terbaik, tapi kita ada keinginan untuk jadi yang terbaik. Semoga keinginan kita mendapat perhatian Dia yang Maha Mengetahui. Situasi A ”Tengok sepupu-sepupu kau, semuanya sudah berjaya, tinggal kat bandar, sudah ada rumah sendiri, kereta sendiri dan bla...bla..bla...kau apa pun tak ada” Situasi B ”Eh, kaya kau sekarang ni, sudah pakai Mercedes, aku selisih dengan kau pun kau buat tak kenal jer ya!mentang-mentang sudah berjaya.” Situasi C ”Bagaimana dengan anak engkau? Sudah habis belajar ke? O.....Sudah habis, sudah berjayalah ya, apa nak dirisaukan lagi, dia sudah besar.” Apakah penanda aras bagi kejayaan? Mari kita rehat sejenak daripada melakukan kerja-kerja harian. Kita fikir dan zikir kepada Allah untuk diri, kita fikir tentang diri, bagaimana mahu jadi insan sempurna, bagaimana mahu m

Lawatan Kerja ke Songkkla

Image
2 November 2012 6.30 pagi bertolak ke Bukit Kayu Hitam bersama kawan-kawan menguruskan pasport ahli rombongan seramai 45 orang ke Songkhla 7.00 pagi: Rombongan bertolak ke Majlis Agama Islam Songkhla, rombongan kami disambut oleh Tuan DSP Mohamad, Encik Ghazi dan tim MKN. 11.00 pagi: Waktu Thailand, kami sampai di Majlis Agama Islam Songkhla Sempat Menyiapkan Satu Catatan Perjalanan Sehari cuma di Wilayah Songkhla, kembara ini bukan sengaja, kembara ini telah direncana, mengembara bukan seorang dua, 45 orang rombongan dihitung dikira, Pelbagai negeri dalam malaysia, berkumpul dengan satu tujuan, memikul amanah itu tujuan, mencari pengetahuan untuk bekalan, Rumah Allah jadi tempat pertemuan, Masjid dan sekolah agama jadi tumpuan Pejabat Konsul Besar tempat kunjungan Jalinkan ukhuwah,rapatkan persaudaraan, ziarah-menziarah, rumah Allah diimarahkan, kata sepakat capai tujuan, pergi disambut,pulang dihantarkan, kepada Allah syukur dpanjatkan, niat yang baik Al

RAMADHAN YA RAMADANI

Genap setahun kelahiran Ramadhani, Ramadhan datang lagi, Alhamdulillah, Aku bersyukur pada-Mu Ya Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk berada dalam bulan ini. Suasana di Pejabat agak berbeza kelihatannya, kebanyakan hadir ke pejabat lebih awal termasuk diriku dan petang pula ramai yang menganbil WP 1 dan 2 Cuma aku yang tidak sempat untuk menukarkannya, maka seperti biasalah aku keluar pejabat. Seminggu berada dalam bulan ini, aku tak larat bawa kereta sendiri, ku bisikkan pada suami, “Boleh tak bulan ini hantar saya?” “Boleh, tapi hanya bulan ini,” Tak apalah, Alhamdulillah, boleh turun lewat sikit dan dapat juga balik awal, tak payah susah-susah nak berhadapan dengan jem. Oh, hidup ini penuh perjuangan, dan perjuangan nak pergi ke pejabat amat melelahkan bila berhadapan pergi dan balik dengan kesesakan lalu lintas. Sampai pernah terfikir jika nyawa ku diambil disini ya Allah, semoga perjalanan aku ke tempat kerja turut di kira sebagai jihad. Berbalik pada bulan ini, bula

BAB KAHWIN

Aku ingin Kahwin Tapi… Semasa memandu kereta aku teringat pertanyaan emak tadi sewaktu aku melangkah turun dari anak tangga terakhir, “Anak Mak Mah yang jadi peguam tu akan kenduri bulan depan, Engkau bila lagi…,” Oh, kenapa soalan itu yang ditanya, cetus hati kecilku lalu dengan nada lemah aku menjawab,“Nantilah, emak, ada jodoh saya tak ke mana, emak doakan saya ya!” lalu meneruskan langkah ke kereta. Oh, perkara kahwin bukan mudah! Kalau tak bersedia. Istikharah Jalan Mendapat Petunjuk! Persoalannya, bukan tiada orang yang cuba merisik, tetapi saya ada pendirian saya sendiri. Pilihan saya bukan berpaksikan pada material semata-mata. Ops…saya bukan mudah untuk memberi keputusan, tetapi keputusan saya, saya pohon petunjuk daripada Allah SWT. Saya solat sunat Istikharah mohon petunjuk daripada-Nya dan saya mahu redha-Nya. Saya solat Hajat supaya apa yang saya hajatkan tercapai. Begitulah saya, sebab saya tidak mahu tersalah langkah dalam membina rumah tangga. Berkahwin bukan untuk s

Audit Diri Melalui iman, Taqwa dan Tazkiah Nafs

Mari kita rehat sebentar berfikir tentang belajar, kerja, rumahtangga dan sebagainya. Kita fikir tentang diri, bagaimana mahu jadi insan sempurna, bagaimana mahu mencapai kejayaan yang hakiki. Ramai orang ingin berjaya tetapi tidak ramai yang mengetahui kunci utama kejayaan. Kita kata mahu menjadi ummat yang menbangun, tetapi bagaimana membangun dengan ertikata yang sebenar. Kita kata mahu jadi ummat yang cemerlang tetapi bagaimana mengikut acuan Islam yang benar. Kita tidak mahu rugi dan dirugikan kerana kita bukanlah diciptakan hanya untuk bermain tetapi ada tanggungjawab yang harus disempurnakan. Allah SWT telah memberi pelbagai gambaran mengenai ciri-ciri orang yang berjaya dalam al-Quran. Antaranya melalui peningkatan iman, taqwa, ilmu dan tazkiah diri. Tidak ada orang yang jika diberi pilihan, mahu gagal atau berjaya, memilih kegagalan dalam hidup begitu juga dengan diri kita. 1. Bagaimana meningkatkan iman dan taqwa Jika ditanya kepada kita adakah kita seorang yang beriman?

Iman, Imaniku Sayang

Hari Sabtu lepas, tadikan Iman telah mengadakan Sukaneka di Taman bersebelahan rumahku. Terharu aku melihat betapa peranan guru tidak dinafikan dalam membentuk jiwa anak-anak. Kelihatan betapa ikhlasnya mereka dalam mendidik dan membangunkan jiwa anak-anak. Iman sejak dari awal pagi telah bangun dengan bersemangat untuk menyertai sukaneka tersebut. Oh, betapa masa berlalu, kini dia semakin membesar...memerlukan perhatian dari Baba dan Mamanya. Kadang-kadang aku rasa bersalah kerana mereka membesar dalam keadaan aku tidak sempat memberi sepenuh perhatian pada mereka..Akur dengan pepatah, masa tak akan berulang...semalam, hari ini, esok semuanya akan berlalu,Dia semakin membesar maaf kan mama anak-anakku...

Saudara Kita Tanggungjawab kita

Menziarahi saudara yang sakit Berapa ramai antara kita apabila mendengar saudara-mara, sahabat handai dan jiran tetangga kita sakit, kita meluangkan masa untuk menziarahi mereka? Sebenarnya apabila sakit seseorang itu secara tidak langsung berhadapan dengan kesusahan dan penderitaan. Ia memerlukan sokongan ramai. Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW ada bersabda, Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla akan berfirman pada hari kiamat nanti, wahai anak Adam (manusia semua), Aku ini sakit tetapi Engkau tidak suka menziarahi ku, manusia pun menjawab, wahai tuhanku, Bagaimanakah Aku dapat menziarahimu sedangkan engkau adalah Tuhan yang menguasai seluruh alam ini? Allah berfirman, Tidakkah Engkau mengetahui bahawa seorang hambaku si fulan telah jatuh sakit tetapi engkau tidak menziarahinya, Tidakkah Engkau tahu, sekiranya engkau datang menziarahi tentulah engkau akan berjumpa denganku yang duduk disisinya…(Riwayat Muslim) 2. Menjawab ucapan salam yang diberi oleh orang lain Islam telah memba