Posts

Showing posts from June, 2011

al-Quran Kalamullah

Tidak selayaknya al-Qur’an hanya dijadikan hiasan di dinding rumah, disimpan dalam almari, dilihat untuk dibaca pada masa-masa tertentu sahaja, atau difahami membacanya sebagai suatu ibadat tanpa memahami apa yang dibaca, sedangkan al-Qur’an itu mempunyai hikmah tersendiri yang harus digali dan dibongkar. Sudah tentu dalam galian dan pembongkaran tersebut, hasilnya ialah penemuan ilmu pengetahuan dan alat untuk memahami al-Quran ini ialah dengan menguasai bahasanya yang penuh dengan nilai-nilai estetika. Masyarakat harus memahami tentang hakikat al-Qur’an bukanlah buku bahasa, sejarah, sains dan sebagainya tetapi al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan Allah untuk menjadi dustur hidup bagi manusia dunia dan akhirat, mengenal yang hak dan batin serta melaksanakan perintah Allah yang sebenarnya. Kita harus akur dengan kenyataan bahawa dalam al-Qur’an terkandung berita atau peristiwa masa lampau, masa ini (tatkala al-Quran diturunkan) dan masa hadapan yang secara keseluruhannya beri

Resipi Koktail Kastad Kegemaranku

Bahan A 1 cawan tepung kastad 5 cawan air 1 cawan gula 1 Cawan Susu Cair Cara-cara Membuatnya: 1. Campurkan semua bahan dan masak di atas api yang sederhana. 2. Kacau sehingga masak(><15 minit) 3. Tuangkan ke dalam bekas dan biarkan ia sejuk. 4. Potong kastad menjadi bentuk kiub. Bahan B 1 tin fruit cocktail bersirap 1 tin buah laici Jeli buah-buahan nata de coco [mangga atau laici] 1 tin susu cair ketulan ais secukupnya Cara Menghidangnya 1. Masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk hidang yang besar. 2. masukkan pula kastad berbentuk kiub yang telah disediakan. 3. Masukkan ketulan ais dan hidangkan sejuk.

Ibu saya

Sejak kecil tiada orang lain dimata saya, abah dan emak tempat saya bermanja dan merekalah yang mengenalkan saya dengan kehidupan ini. Saya melihat setiap sudut gerak geri mereka dalam kehidupan saya. Ketika saya pandai menulis dan meluah isi hati, kertas putih menjadi sasaran contengan saya. Saya berbangga bila saya dapat mengenal huruf, menulis dan melukis. Hasil tulisan saya saya tunjukkan pada abah dan emak, mereka pernah menegur saya kenapa nombor 5 saya terbalik, tetapi itu tidak mematahkan semangat saya, saya berjaya menjadi penulis walaupun hasil"tidak sepertinya" Saya suka juga berangan-angan, angan-angan saya akan saya lahirkan melalui percakapan saya tanpa saya sedar, ternyata perangai saya itu diwarisi oleh anak sulung saya..Kadang-kadang sambil berangan, saya melakonkan watak yang saya angan-angankan....ternyata hari ini, angan-angan saya tidak satu pun menjadi. Saya ketawa sendiri. Pada anak saya yang mewarisi perangai saya berpada-padalah dalam berangan. Tetapi