Posts

Showing posts from April, 2013

Inilah Ceritaku Yang Tak Pernah Sudah

Image
Kisah 3 budak yang suka main taman. Suka tersangat suka, hinggakan setiap hari meniti dimulut perkataan nak main kat taman. Seronoknya mereka, apabila berpeluang bermain-main di taman.

Cerita Yang Tak Sudah-Sudah

Cerita memang tak pernah sudah, sebelum kita lahir, ibu bapa bercerita tentang kita bayi mereka yang bakal lahir, selepas lahir cerita tentang bagaimana nak mengasuh dan mendidik, bila kita pandai berfikir kita berfikir dan mula bercerita apa yang kita tahu dan alami, bila kita dewasa dan mula mengenali orang, kita mendengar cerita dan pelbagai cerita dan akhirnya bila kita meninggal, kita tidak lagi mendengar cerita tapi akan ada orang yang bercerita tentang kita sebagaimana kita mendengar hari ini orang bercerita tentang orang yang telah kembali ke Rahmatullah. Memang cerita tak pernah sudah-sudah begitulah apa yang kita lihat cerita di kaca televisyen yang menghidangkan pelbagai cerita tapi awasilah anak-anak kita daripada melihat cerita yang tidak bermoral kerana kita takut cerita yang dilihat memberi pengaruh pada nalar dan fikir mereka. Cerita mereka juga cerita kita, cerita bagaimana kita membesarkan mereka.

Cerita Tahun Sudah

Image
Pamit Sebentar di Wang Kelian   Dalam bahasa Melayunya singgah sebentar di Wang Kelian. Dalam bahasa Melayu, kelian itu bermaksud kalian digunakan untuk ramai. Sememangnya tempat itu menjadi tumpuan orang ramai kerana di sana terdapat pasar tempat orang membeli belah dan sudah tentu saat kita membeli belah, kita menggunakan wang sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu barang. Kata orang Wang Kelian akan membuatkan wang anda habis tanpa sedar kerana rambang mata melihat barang-barang yang dijual dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding dengan Kuala Lumpur disamping kaki terus melangkah badan pula bermandikan peluh kerana kedai yang disusun kiri dan kanan jalan berjarak lebih 3 kilometer membuat siapa sahaja yang berkunjung akan berjalan lagi dan lagi... Pengalaman pergi ke Wang Kelian bersama   rakan-rakan, Mai, Angah, Siti, Syak, Megat dan Aziz sedikit sebanyak menggamit memori untuk dikongsikan bersama. Kalau sebelum ini, aku sempat sampai di Padang Besar, kali ini aku