Posts

Showing posts from 2009

Pandanglah ke tempat yang rendah

Andainya, ukuran berjaya hanya berpaksi kepada pangkat dan kekayaan, kita akan cuba mengejar kedudukan dan kemewahan agar kita setanding dengan orang lain. Kita menjadikan ukuran itu sebagai pemangkin untuk berjaya. Semakin sibuknya hingga nilai-nilai persaudaraan dan persahabatan semakin terhakis dek kerana sikap kita yang tidak lagi membina silaturrahim antara saudara mara yang jauh dan dekat, bahkan juga jiran tetangga. Jika ada hanya musim-musim tertentu. Kita semakin jauh dengan mereka. Tembok pemisah itu terjadi tanpa disedari.... Jangan kita terlalu sibuk, sesekali tengoklah atau perhatikanlah orang yang berada disekitar kita. Ada pelbagai ragam dan peringkat manusia yang Allah ciptakan untuk kita berfikir mengenang pemberian Allah kepada kita. Semalam sedang saya makan bersama suami di sebuah restoran, saya didatangi oleh tiga orang yang tidak dikenali. Orang pertama datang membawa kerepek untuk dijual, saya membeli dengan rasa kesian, orang itu pergi... Orang kedua datang, d

Hati Yang Selalu Muda

Sewaktu sedang mebelek-belek kitab hadis Shahih Muslim, terpanggil untuk menghayati satu matan hadis yang yang bermaksud, "Dari Abi Hurairah RA, katanya, Nabi SAW bersabda, "Hati seorang orang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara, iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda."(Hadis riwayat Muslim. no. 1007)

Rindu

Image
Rupa-rupanya bila berjauhan dengan mereka, aku jadi rindu....rindu yang teramat sangat... Bagaimana ya keadaannya orang yang tidak merasa menjadi ibu. Lambarnya minggu depan... nak balik kampung...ambik anak-anak...betullah anak-anak itu Qurratun A'yun...Apa yang pasti tiap kali terpapar gambar anak-anak di screen saver hati makin rindu. Hari ini baru ahad, esok isnin, selasa, rabu, khamis... Yahoo.... Malam Jumaat tiba....kami akan berangkat pulang...

Bab Zikir

Semasa membelek-belek buku tadi terbaca sebuah hadith yang bermaksud, "Terdapat tiga golongan manusia yang doa mereka tidak akan ditolak oleh Allah SAW (Bahkan pasti doa mereka akan dikabulkan). Pertama ialah mereka yang banyak berzikir kepada Allah. Kedua ialah seorang yang dizalimi dan ketiga ialah seorang pemerintah yang tidak melakukan kezalim. (Jamius Saghir). " Tutup kitab tanya diri, "Hari ini berapa banyak kita sebut nama dan ingat Allah semasa berdiri, duduk atau sedang baring-baring?" Dengan kata lain semasa senang-senang adakah kita ingat Tuhan atau hanya ketika berada dalam kesusahan baru kita ingat Pencipta kita? Dhaifnya kita sebagai makhluk.

Imani

Image
Semalam genap umur imani tiga tahun. Iman nak bagi mama kek, katanya. kemain keletah dia bercakap.

Cerita Kak Ngah

15/2/2009 Ahad Kedengaran tapak kaki menuju ke bilikku, siapa pula yang akan muncul dipintu bilikku ini? Mama,Mama..."Mama, kak Ngah tak nak apa-apa dari Baba,"Kata Kak Ngah. Kenapa tanyaku?. Sebab Kak Ngah main anak Ikan Baba!"Kenapa usik anak ikan tu?' Tanyaku. Kak Ngah suka anak ikan tu, tapi Baba tak bagi main, Tak pa Kak Ngah tak nak Kek Hari Jadi, Kak Ngah tak nak apa-apa lagi. Kak Ngah merajuk pada hari jadinya...Biarlah Babanya yang pujuk dia... Kak Ngah, anak yang sensitif dan mudah merajuk.... Merajuk ada dimana-mana; antara suami dengan isteri; anak dengan ayah; emak dengan anak dan lain-lain. Bagaimana nak mengatasi masalah merajuk, adakah harus dibiarkan begitu atau ada jalan penyelesaiannya....

Semasa Hari Raya Aidilfitri

Image
Kenangan semasa Hanif berusia setahun dan Kak Ngah berusia 2 tahun. Lokasi dirumah mak mertua.
Image

Tambah Pengetahuan Mantapkan Akidah

“Umpama kudis bernanah di badan, jika tidak diubati akan merebak ke bahagian lain,” begitulah juga dengan ketohoran ilmu, jika tidak berpengetahuan akan menjadi punca kerosakan diri dan masyarakat. Persoalan akidah merupakan inti sari utama dan tunjang terpenting yang terkandung dalam ajaran Islam. Bermula dengan pengertian kalimah tayyibah, yang membuka pintu hati seseorang menerima Islam sebagai cara hidup, sekali gus membawa seseorang yakin tentang rukun iman dan rukun Islam sebagai dasar dalam beragama. Fitrah beragama sebenarnya telah wujud dalam diri manusia sejak azali lagi sebagaimana kisah Nabi Ibrahim AS bersama kaumnya yang mencari Tuhan sehingga baginda berjaya menemui-Nya melalui pertunjuk Ilahi. Dengan anugerah akal sebagai salah satu instrumen untuk mencari kebenaran berdasarkan wahyu Ilahi sudah tentunya manusia dapat membongkar rahsia kejadian alam dan mengetahui betapa Allah Maha Berkuasa dan menyedari hakikat kejadian manusia sebagai hamba-Nya. Semakin yakin, semakin

Rumah Mahsuri

Image

Sempat Menziarahi Makam Mahsuri

Image
Inilah Makam Mahsuri yang dipercayai tempat Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan. Tempatnya terletak di Pulau Langkawi , Kedah . Sekitar 12km dari Pekan Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Menurut lagenda, Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya sebaik sahaja dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri yang dikunjungi ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater tradisional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Anak Kedua

Nurul Fathul Amani Sekolah sejak umur tiga tahun, sekarang tahun 2009, tak nak pegi sekolah tadika Comel Sayang, Tahun ini mencecah umur lima tahun, kena tukar ke sekolah baru sebab mogok tak nak pergi sekolah. Sekarang bersekolah di tadika Tiara (Islamic Program Mentossori)

Anak Pertama

Image
Anak Pertama Kakak Nurul Fathillah Tarikh Lahir: 27 MAc 2001 Lahir di Machang Kelantan. Umur 8 Tahun Cita-cita: Doktor

Anak Bijak Bertanya, Ibu Mesti Bijak Menjawab

Image
Teman-teman mari berkongsi pengalaman dalam mendidik anak-anak. Kita akan gembira dan bersyukur bila anak-anak kita tanpa disuruh dan diajar ingin mencuba sesuatu yang baru. Begitu juga anak saya, Kak Ngah yang berusia lima tahun dan iman yang berusia tiga tahun serta Hanif yang berusia tiga tahun. Ketiga-tiganya petah bercakap dan kepetahan mereka mengundang rasa seronok bila mereka banyak bertanya hal-hal yang remeh dan soalan yang mudah dijawab, terkadang terpacul soalan yang sukar untuk saya sebagai ibu mereka menjawabnya kerana saya melihat tahap mereka untuk memahami sesuatu agak sukar jika tidak dijelaskan dengan sebaik mungkin dan sesuai dengan tahap pemahaman mereka. Sudah tentu jawapan yang diberikan menuntut bukti yang jelas dan nampak pada pancaindera mereka dan jawapan si Ibu hendaklah dengan penuh hikmah agar sesuai dengan tahap kemampuan mereka. Soalan yang sering ditanya oleh Kak Ngah, "Allah itu jadikan kita kan mama?" Saya akan menjawab, " Ya Allah j

Miliki Kesabaran

Buat Anakku, Ada kawan-kawan akan marah apabila mainannya di ambil oleh orang lain, ada pula berasa sedih apabila mainan dicuri orang. Ada yang kecewa dan mula memberontak apabila tidak mendapat sesuatu. Anak-anak, sikap ini tidak elok untuk diri. Islam mengajar umatnya untuk mengamalkan sabar. Bukankah Sabar itu sebahagian daripada iman. Jadilah anak-anak yang bersabar kerana orang yang bersabar akan mendapat keredaan Allah.

Hijrah Ke Arah Insan Berilmu

HIJRAH KE ARAH INSAN BERILMU ”Ummah Gemilang” merupakan aset negara yang paling bernilai kerana terciptanya sejarah kecemerlangan sesebuah tamadun bersumber dari kegemilangan ummah dalam meneroka pelbagai ilmu pengetahuan. Sejarah membuktikan kejayaan yang dimiliki oleh Ibn Sina dalam bidang perubatan, Al-Khawarizmi dalam bidang matematik dan astronomi, Ibn Khaldun dalam bidang falsafah dan ilmuwan lain yang telah menyumbangkan ilmu-ilmu mereka sehingga lahirnya satu tamadun ilmu. Penguasaan ilmu secara seimbang dan menyeluruh perlu diterapkan dalam masyarakat hari ini supaya tidak berlaku ”kejahilan ilmu” yang menyebabkan negara terpaksa meminjam tenaga dari luar. Usaha kerajaan dalam RMK-9 untuk membangun modal insan melalui pendidikan, Inovasi dan nilai merupakan satu langkah yang harus disokong oleh semua pihak kerana ia memberi kesan yang sangat positif dalam pembangunan ummah. Satu langkah yang tepat ialah berhijrah dari kepompong kemiskinan ilmu ke arah penguasa
Image
Nikmati Percutian Bersama Penghujung tahun 2008 aku merasakan aku perlu bercuti bersama keluarga memandangkan sejak dari awal tahun aku sibuk dengan tugas-tugas harianku sebagai "pekerja makan gaji." Sesekali keluar bersantai bersama keluarga perlu bagi mengeratkan hubungan dan kasih-sayang. Aku dan suami merancang untuk bercuti ke Perlis. Tanggal 25.12.08 kami sekeluarga berangkat ke sana menaiki kereta. Berehat seketika di rumah Kak Cik, adik suamiku. Perjalanan ke Perlis memakan masa hampir lapan jam. Inilah pertama kali aku ke sana. Sampai di Kuala Perlis, kami berehat seketika di Masjid S. Alwi Kuala Perlis. Masjid ini merupakan masjid negeri dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.