Posts

Showing posts from May, 2008
Aku happy sangat dapat belajarmeneroka blogs sendiri.

Apakah itu keselesaan Hidup?

Image
Kebaikan itu ada dimana-mana yang penting sesiapa yang membuka jalan kebaikan dan memberi keselesaan kepada orang lain, nescaya Allah akan melapangkan untuknya pelbagai kebaikan. Yakinlah Allah SWT tidak akan memungkiri janji terhadap para hamba-Nya. Kebaikan seorang suami terhadap isteri diukur sejauhmana ia melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT untuk dirinya dan keluarganya, manakala tanggungjawab seorang isteri diukur sejauhmana ia dapat melaksanakan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak dalam segala perkara khususnya dalam pemberian kasih sayang. Hidup akan lebih selesa jika dapat memberi keselesaan kepada yang lain. Keselesaan seorang hamba kepada penciptanya pula bilamana ia dapat melaksanakan perintah Allah dalam hidupnya berlandaskan kitab suci al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu, sematkanlah dalam diri untuk menjadi umat yang terbaik agar kita semua mendapat ganjaran di sisi-Nya.