Lukisan Zaman
(Inilah sebahagian kisahku)
Dari Diari
Aku Budak Kampung
Sekolah Rendah
Tahun 1982 Aku mula
bersekolah di Sekolah Rendah Mariam
Convent, Setapak Kuala Lumpur pada usia tujuh tahun. Pada masa itu, abah hanya mendaftarkan aku
seorang sahaja bersekolah di situ, manakala abang aku di Sekolah Rendah
Klang Gate.
“Mak, kenapa hantar oghe
sekolah tak sama dengan Abang Din,” Tanya aku pada emak pada suatu hari.
“Kenapa,” Tanya mak.
“Tak adalah, sekolah tu
jauh, kena naik truck pulak tu, pagi-pagi kena bangun awal.” Pandai pula aku
komplen.
Sejak hari itu, bersekolah
aku di situ hingga sampai darjah 5.
Asal dari kampung akhirnya balik ke Kampung Juga
Suatu
hari, balik dari kerja, Abah memberitahu emak dan kami adik-beradik tentang
perpindahannya ke Kem Desa Pahlawan, Kelantan. Di ringkaskan cerita kami
semua berpindah ke Kelantan pada
pertengahan tahun 1985. Alangkah seronoknya berdekatan dengan saudara-mara.
Naik Motor BAS 2652
Tiba
masa daftar ke sekolah baru, maka kami (Abang Din, aku, Kori, Nuwar) menaiki
motor cari makan abah untuk ke sekolah baru kami iaitu Sekolah kebangsaan Jambu
Lawar, Machang Kelantan. Aku ditempatkan di kelas 5B.
Sebelum
itu, semasa abah berurusan dengan pihak pengurusan sekolah, kami berempat
berdiri di tepi tangga yang berhampiran dengan pejabat. Ada seorang guru
bertanya: “Kamu semua ni, pelajar baru sekolah ni Ko?”. “Ya,” jawab kami hampir
serentak. Sambung percakapan: “Ramainya, adik-beradik kamu, dari sekolah mana?”
Saya menjawab ringkas: “KL,”
Kemudian,
abah datang dan membawa kami semua ke kelas masing-masing sambil diiring oleh
guru sekolah tersebut.
Kisah
Bersambung Semula
---------------------------------------------------------------------------------------
Kenangan di Sekolah Rendah
Bangun...bangun...bangun...!
Aku
tersedar dari lena. Aku melihat jam di dinding bilik menunjukkan angka 6. Oh!
hari ini giliran aku kena mengawasi kehadiran pelajar ke sekolah, maklumlah aku
pegawas yang dilantik dan diberi tanggungjawab oleh pihak sekolah. malasnya...aku
menarik kain selimutku dan menutup kepala. Sejuknya pagi ini, malasnya nak
bangun, tapi kalau tak bangun macam mana nak pergi sekolah ya? Ibu marah, cikgu
denda, tak boleh...tak boleh... kena pergi sekolah bisik hatiku, sedang aku
berhitung-hitung itu, aku dengar bunyi derapan kaki Ibu menuju ke bilik ku.
Dalam cahaya samar-samar, aku lihat ibu membuka pintu bilik dan ibu masuk
menuju ke tempat aku beradu. Ibu meletakkan tangannya dibahuku sambil berkata,
“Liza bangun...dah pagi ni, Liza bangun nak, dah pagi ni, bangun nak,” Liza
bingkas bangun mengambil tuala yang tersangkut dibelakang pintu kemudian tuala
itu disangkutnya di bahu dan keluar dari bilik menuju ke perigi yang terletak
dibelakang dapur rumahnya.
Liza menjatuhkan timba ke
dalam perigi dan mengangkatnya semula apabila timba itu berisi air secara
perlahan-lahan ke atas menggunakan alat yang disebut dengan “buah per” Liza masukkan
air ke dalam baldi sehingga baldi itu penuh dan dia menyiram tubuhnya dengan
air. Setelah selesai mandi, dia terus ke bilik menyarungkan pakaian seragamnya
untuk ke sekolah. Dia kemudiannya membentangkan sejadah dan bersolat. Di dapur
ibunya, Puan Sharifah sedang menyiapkan sarapan pagi untuk ke anak-anaknya ke
sekolah. Abang dan dua adik-adiknya telah siap berada di meja makan untuk
bersarapan. Liza menuju ke dapur untuk bersarapan bersama mereka. Selesai
bersarapan liza bersama mereka akan bangun menuju ke pintu untuk memakai kasut.
Puan Sharifah menghulurkan
makanan untuk bekalan di sekolah dan duit RM1.00 kepada setiap orang anaknya. Seperti biasa
Liza akan mengambil bekalan yang diberikan ibunya dan memasukkan ke dalam beg
sekolahnya. Kemudian Liza peluk ibunya, diciumnya pipi kanan dan kemudian kiri,
disalami ibunya dan diucapkan selamat jalan kepada ibu sambil melambaikan
tangan dia berjalan menuju ke sekolah
beriringan bersama abang dan
adik-adiknya.
Sekolah mereka tidak
berapa jauh dari rumah mereka tambahan pula, mereka melalui jalan “shortcut”
iaitu keadaan jalan yang tidak
berturap dan berlopak dan sebelum sampai ke pintu belakang sekolah mesti
melalui sawah bendang yang berlecak. Kasut kotor dengan lumuran lumpur adalah
perkara biasa bagi mereka adik-beradik, hidu bauan najis lembu dan terkadang
tersepak najis lembu semasa perjalanan ke sekolah juga perkara biasa bagi
mereka,bahkan semasa lori membawa “pok getah” lalu, terpercik air ke baju dan
meninggalkan bauan yang amat kurang menyenangkan pun sudah menjadi perkara
biasa bagi mereka. Inilah kata orang
alah bisa, tegal biasa.
Sampai
di sekolah Liza masuk ke kelas 6B, diletakkannya begnya di atas kerusi tempat duduknya di dalam kelas lalu
dikeluarkan pen dan buku 555 untuk catatan kehadiran pelajar yang terlewat.
Ke...ring.... Loceng pertama berbunyi. “Oh, jam sudah menunjukkan 7.30
pagi,”bisik Liza, dia berlari ke pintu belakang sekolah dan berpacak di situ
menanti murid-murid yang lewat datang
sekolah. Alhamdulillah hari itu,tiada siapa yang datang lambat.
Ke...ring...Loceng kedua berbunyi, kelihatan murid-murid yang beratur diluar
kelas masing-masing mula memasuki kelas. Liza
pun berjalan menuju ke kelasnya.
Sudah
menjadi kebiasaan murid-murid kelas 6B apabila guru lambat masuk ke dalam kelas
mereka akan bercakap-cakap sehingga suara mereka menjadi riuh rendah. Ada
sahaja perkara yang hendak dibualkan. Tiba-tiba...
Cikgu
Aliah, guru bahasa Melayu muncul dihadapan kelas.
“Bangun
semua, Assalamualaikum Cikgu,” Aminah memberi salam dengan suara yang lantang
diikuti oleh murid-murid yang lain.
“Waalaikum
salam, duduk semua.” Cikgu Aliah menyuruh murid-muridnya duduk.
“Murid-murid,
Cikgu ada satu pengumuman, sekolah kita akan mengadakan pertandingan lakonan
antara sekolah-sekolah dalam daerah Machang. Siapa berminat, sila angkat
tangan.” Kata Cikgu Aliah memandang seorang demi seorang murid-muridnya. Semua murid-murid diam dan
tunduk. Begitulah, sikap pemalu murid-murid darjah 6B. Tiba-tiba Cikgu Aliah
menuju ke mejaku.
“Norliza,
Cikgu nak awak masuk pertandingan ini, Cikgu nampak awak ada potensi untuk
berjaya, lagipun awak pernah bersekolah di Bandar dan boleh bercakap “luar”,
jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain, cikgu rasa awaklah yang paling
layak.” Kata Cikgu Aliah dengan nada perlahan dan harapan.
“Saya
sama dengan kawan-kawan yang lain, Cikgu, tetapi jika Cikgu merasakan saya
calon yang layak Insya-Allah saya akan cuba.” Kata Liza dengan penuh semangat.
Cikgu
Aliah menghulurkan skrip lakonan untuk untuk dipraktiskan dirumah. Bagi watak
hero pula, Cikgu Aliah melantik Yusri budak darjah 6A, manakala bagi pelakon tambahan
Cikgu Aliah melantik Suhaimi budak nakal kelas 6B.
Aku Jadi Pelakon
Petang
itu, selesai belajar mengaji al-Quran, Liza mula menghafaz watak dan cerita
dalam lakonan yang akan dipersembahkan. Terkejut Puan Sharifah dengan gelagat
anaknya yang kedua itu. Apa pula yang dibuat budak ini, berkhayalkah bercakap
sorang-sorang dengan gaya macam orang yang berada dalam kecemasan.
“Eh,
Liza...buat apa tuh?” Tanya Puan Sharifah.
“Saya
berlatih berlakon la, bu..saya masuk pertandingan berlakon antara sekolah dalam
daerah Machang.” Kata Liza, tersipu malu kerana gelagatnya diperhatikan Ibu.
=======================================================================================
“Pengumuman,
Sila ambil perhatian kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan latihan
berlakon dalam pertandingan antara sekolah,anda dikehendaki hadir pada pukul
2.00 petang esok.” Terdengar pengumuman daripada corong mikrofon.
Keesokan
harinya murid-murid yang terlibat dengan latihan lakonan tersebut berkumpul
termasuklah liza. Cikgu Aliah memberi beberapa tips dan nasihat serta panduan
semasa mereka melakonkan watak masing-masing. Dia berpesan esok murid-murid
yang terlibat hendaklah bersiap-siap untuk bertanding dan dikehendaki hadir
pada pukul 7.30 pagi kerana pendaftaran akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan
sejurus kemudian pertandingan akan dimulakan.
Liza
mula melakonkan wataknya sebagai si perempuan.
“Tolong-tolong
Singapura diserang todak,” kata Liza dengan perasaan cemas dan berlari-lari di
atas pentas dihadapan para juri, guru-guru dan murid-murid dari pelbagai
sekolah.
“Mana,
mana,... tak ada apa pun,” kata Yusri yang melakonkan watak si pemuda.
“Cuba
kalian lihat disana sambil menunjukkan tangan, lihat di sana... banyak
todak-todak menuju ke tepi pantai dan menikam orang-orang yang berada ditepi
pantai,” kata Liza lagi.
“Betullah,
mari kita beri tahu Sultan,” kata Yusri.
Itulah
antara sebahagian daripada lakonan mereka. Dipendekkan cerita, Liza dan
kawan-kawannya mendapat tempat pertama. Mereka sangat gembira kerana dapat membawa
balik hadiah masing-masing dan yang
paling penting dapat menewaskan kawan-kawan dari sekolah yang lain.
Sekolah Menengah ke Sekolah Agama?
Cuti penggal akhir
persekolahan akan bermula. Cik gu Rahman memberi ucapan terakhirnya yang
mengandungi nasihat yang cukup berguna buat murid-murid darjah 6B. Katanya,
“Jadilah orang yang berguna pada agama, bangsa dan Negara. Belajarlah
bersungguh-sungguh sehingga berjaya dalam kehidupan dan dapat keluar daripada kepompong kemiskinan jika kita orang miskin, “ itulah
antara kata-katanya yang dapat Liza coretkan dalam diari hidupnya.
“Liza, mu nak sekolah mana
nati?” Tanya Khatijah sahabat baik Liza yang duduk bersebelahan dengannya.
“Mung?” Liza bertanya. Khatijah terdiam sejenak.
“Gi kita sekolah Arab,”
ajak Norkhamsiah pula sambil memandang pada Liza.
“Aku sebenarnya tak tau
lagi nak sekolah mana, kalu aku sekolah Arab, aku kena duk jauh dengan mak,
abah dan adik-adik aku.” Kata Liza. Sambil berfikir-fikir dia terkeluar perkataan, “Eh...tok leh...tok
leh....” Dia membayangkan dirinya yang
akan berpisah dengan adik-adiknya yang suka mengusik antara satu sama lain
iaitu nuwar,kori dan fizah serta musuh perbalahan mulut iaitu abangnya Din.
Sudah tentu kalau dia berjauhan dengan mereka semua, dia akan rindu pada
mereka.
==================================================================================
Keesokannya Cik gu
Rahman memberi borang pendaftaran ke tingkatan satu bagi pelajar
yang ingin menyambung pelajaran ke sekolah Menengah yang terletak di daerah
Machang. Ujarnya, “Borang ini hendaklah diisi dan dibawa bersama ketika kalian
semua mendaftarkan diri pada hari pertama melaporkan diri ke sekolah Menengah. “Baik
Cikgu.”jawab semua murid. “Kalau ada apa-apa masalah berkaitan dengan
pertukaran dan pendaftaran sekolah, sila beritahu saya,”ujarnya lagi.
Semua murid serentak
mengiyakan kata-kata Cikgu Rahman.
Aku Berkayal
Boringnya!!!
Cuti penggal akhir
persekolahan bermula,hari ini Liza dan
adik-beradiknya duduk dirumah.
“Apa aktiviti yang aku nak
buat ya,” fikir Liza. Dia duduk di satu sudut ruang tamu rumahnya, di situ ada
bunga yang diletakkan di dalam pasu bunga. Dari keadaan duduk, dia berbaring
dan meniarap. “Boringnya,apa nak buat ya...” dia berbisik dengan dirinya
sendiri. Eh kereta siapa pula kat sini, mungkin kereta mainan kori,” bisiknya
lagi. Saat itu dia mula berkhayal....Khayalannya bermula dan dia mengungkap
kata-kata.
“Bestnya bawa kereta sport
ni,boleh jalan-jalan keliling kampung. Orang semua akan pandang kereta ini dan
mereka akan berkata cantiknya kereta kau Liza, kamu kerja apa sekarang, Aku
akan jawab Aku kerja Polis di Bandar. Masa tu aku akan tolong orang-orang
kampung yang dalam kesusahan. Kemudian dia terdiam sejenak sambil dibenaknya
berfikir, tak best jadi polis, jadi wakil rakyat lagi best, boleh tolong
orang dan dapat jumpa orang ramai dan
mula bercoleteh semula, Pak cik, kalau
ada masalah apa-apa Pak Cik boleh maklumkan pada saya, Insya-Allah saya
akan membantu PakCik sekeluarga.” Dia melakonkan watak Pakcik pula, Terima
kasih Nak, Pak Cik miskin, kalau boleh
pakcik nak anak bantu pakcik menyekolahkan anak-anak Pak Cik.”dan
bla....bla...akhirnya Dia tertidur ditepi pasu bunga.
“Liza bangun, makan
tengahari kenapa yang tidur tepi pasu bunga ni.”sapa ibunya.
“Tak ada apa-apa saje
je...” jawabnya ringkas.
Sejuk betul sambil
mengeliat dia bangun dan menuju ke dapur.
Sekarang musim tengkujuh di sekitar Pantai
Timur.
Budu, petai, dan ikan jeruk
“Mak, lauk
apa mak masak hari ini?” Tanya Liza
“Hari ini van ikan tak masuk, tak ada oghe jual
ike,”kata Ibunya sambil berteriak kepada adik-adiknya yang lain, “ Mari-mari
kita pakat makan nasi, nanti lapar pulak,” katanya lagi.
Semua adik-beradiknya datang menghadap makanan.
Mata mereka memerhatikan hidangan hari tu, budu, petai,ikan jeruk dan ulam
raja.
“Tak ada aye ke?” Tanya Kori.
“Ala makan yang mana ader jelah,” sampuk Abe Din
pula.
“Kita nak makan aye!” kata Nuwar pulak.
“Eh, ambil pinggan masing-masing, jangan banyak cakap
boleh tak?” kata Liza pada dua orang adik lelakinya.
Mereka semua mula mengangkat tangan dan berdoa, “Allahhuma bariklana fi ma razak tana wa
qina azabbannar, Amin.”Kemudian mereka mula menyentuh nasi berlaukkan ikan
jeruk, budu dan ulam petai dan raja.
“Budu pun budulah, sedap jugok,” kata Liza.
“Budulah sedap, ramai oghe Kelate dapat masuk U
sebab make budu,” kata Abe Din pula.
“Yo, ko?”kata Liza.
“La,tak caya kokghe, Cikgu sekoloh la bagitau,
dia kata, budu boleh meningkatkan IQ dan ada protein yang boleh bantu
menyihatkan tubuh badan kita,” Abe Din memberi penerangan.
“Buktinya..?”Tanya Liza lagi.
“Mung tengok, Kak Pah, Kak Ma, Mok Su Siti, demo
tu duduk ngan tuk ayah jah, hari-hari mok wo ide budu,woh petai kait bukit, ike
sunga, kulat kade-kade, tapi bak po demo tu bulih masuk U. Ha...kerano budu tu..la...Budu
tu ke, wak dari ike, ike tu ada protein...
“Kalu gitu mari kito irup budu,” Nuwar menyampuk.
“Eh, mung ni tak leh, abih budu ni tak ninggal ko
ngher lain,” kata Kori.
“Paghok, kijaee.. lagu tuh,”tambah kori lagi.
Main
Upih Pinang
Selesai
solat Asar, Liza memandang keluar jendela rumahnya. Di fikirannya hanya
terlintas untuk bermain di luar rumah. Nampaknya di langit hujan sudah berhenti
turun, jam sudah menunjukkan pukul lima masih ada peluang untuk bermain di laman
rumahnya. Di laman pula, tak ada tempat berlopak yang menakung air hujan.
Kelihatan adik-adiknya, kori dan nuwar sudah ada di tangga rumah sedang
termenung-menung di atas tangga.
“Eh, Jom
kita main nak,” ajak Liza.
“Kak Ja,kita
nak main apa,” Tanya Kori.
“Main
ape-ape jelah yang mak tak marah,” kata Liza lagi.
“Kita
main tarik upih nak,” Nuwar memberi ideanya.
“Boleh,boleh,
natih Kak Ja, ita bawoh tangga ni, hari tu Kak Ja ada ambik rumah mok” kata
Liza, dia mengintai ke bawah tangga dan melihat ada upih pinang.
Ya, Upih
pinang ini adalah pelepah daun pinang tua. Sengaja dia mengambil pelepah pinang
tua di belakang rumah neneknya yang dipanggil mok, untuk dijadikan permainan.
Awal-awal lagi Liza telah membuang daun pinang dari pelepahnya untuk dijadikan hulu
tempat menarik upih tersebut.Liza sengaja menyimpan upih itu dibawah rumahnya.
“Upih tu,
ada lagi sapo nak gi ambik bawah rumah,” Kata Liza kepada adik-adiknya.
“Oghe
lah, gi amik,”Kata Kori sambil kaki melangkah turun ke anak tangga.Dia
menyarung selipar dan masuk ke bawah rumah yang setinggi orang tua berdiri. Dia
menarik keluar upih itu sehingga sampai dilaman rumah, kemudian dia berteriak
sambil melambaikan tangan pada Nuwar, “Mari-mari kita naik!” Kali ini nuwar
pula berlari turun tangga terus duduk di atas upih pinang. Mereka berdua
memanggil-manggil kakaknya.
“Kak Ja,
tariklah kita orang dulu,” kata kori dalam loghat luarnya.
“Baiklah,
kak Ja jadi tuke tarik dia,” kata Liza. Dia memegang hulu tempat menarik
pelepah, kemudian dengan sekuat tenaganya dia menarik pelepah upih tersebut
hingga bergerak pelepah tersebut,
semakin kuat Liza berlari semakin laju upih itu bergerak dibelakangnya dan Liza menarik upih itu mengelilingi laman rumahnya.Adik-adiknya
berteriak, “laju, kak Ja, laju Kak Ja, lagi..lagi...
Akhirnya
Liza penat kelelahan. Dia berhenti menghilangkan penatnya.
“Dahlah
tukar pulok, Kak Ja naik korang tarik,” Kata Liza pada adik-adiknya.
Adik-adiknya
mula menarik. Dalam hati Liza berkata, “Bestnya naik upih ni, ada oghe tarik,
tak payah jalan,”Sedang leka mereka bermain, tiba-tiba ibu mereka memanggil,
“Liza, kori, nuwar, naik dah gelap ni, naik mandi, semaye ghorib.”
Mereka
berhenti bermain dan terus naik ke rumah.
Aktiviti
Musim Tengkujuh
(Kutip
Belalang dan Cendawan)
Tujuh hari sudah berlalu,
hujan belum ada tanda-tanda hendak berhenti, “Apa aku nak buat pagi ini ya,”bisik
Liza, terasa boring bila musim cuti persekolahan menjelma ditambah dengan
suasana musim ini.
“Ha, malam nanti aku nak
kutip belalang dengan Mok Cik Moh, sedap jugok tuh,” bisik Liza seorang diri.
“Mok nati, male oghe nak
kutip belale ikut Mok Cik Moh, bulih,” Tanya Liza.
“Wak gapo? Budok-budok dok
ghumah jah, oghe tua jah bulih gi.” Kata emak Liza
Malam tiba, selepas solat
Isyak, “mok bulihla oghe nak gi,”Tanya Liza sekali lagi. Gi lah, nak gi
gak,”Kata emak Liza.
Lampu hijau sudah dapat, apa lagi…
Esoknya, emak masak
belalang itu macam masak rending, enak…kami adik-beradik berebut-rebut menambah
nasi.
Suatu hari yang lain dalam
musim tersebut juga. Saat suasana pagi yang masih redup, embun pagi masih
bersisa menitik, keadaan yang mendamaikan bagi semua masyarakat di kampung itu,
apatah lagi dikelilingi oleh Bukit-bukit.
“Liza, gi kito kutip kulat
atas bukit tu,” ajak Mok Cik Moh ketika melewati rumahku dan saat itu aku
sedang meletakkan siku sambil termanggu di jendela kayu berpintu dua.
“Nak gi…” jowabku ringkas
terus menuju ke pintu, memakai selipar dan berlari-lari kecil mengekor Mok Cik
Moh dan beberapa orang lain. Lupa aku memberitahu emak…
Perjalanan
melalui kebun-kebun getah membuat aku berlari-lari anak sambil melompat-lompat
takut binatang kecil yang dipanggil pacat menyinggahi dan menghisap darahku.
Paling aku geli binatang yang bernama pacat dan lintah. Akhirnya rombongan aku sampai jua ke lokasi mencari
kulat di sebuah kawasan lapang, semua pokok-pokok getah telah ditebang mungkin
sudah lama hingga cendawan tumbuh pada batang-batang kayu getah yang sedang
dalam proses pereputan,
“Wah
banyak sunggah kulat di sini,” bisik hatiku sambil terus duduk dengan
berhati-hati supaya pacat tak mencuri hisap darahku, jari-jariku mula mengutip
cendawan kukur dan mengumpulnya dalam palstik yang dipanggil “jabber” Aku
sangat suka melihat cendawan yang berwarna kelabu coklat keputihan itu, baunya
kalau digoreng boleh membuat perut berlagu keroncong apalagi kalau dibuat gulai
lemak masak kuning.
Sudahnya
bila dapat hampir satu jabber yang lebih kurang 2 kilo kami balik ke rumah
masing-masing.
Sambungan di lain masa....
Comments