Posts

Showing posts from February, 2009

Cerita Kak Ngah

15/2/2009 Ahad Kedengaran tapak kaki menuju ke bilikku, siapa pula yang akan muncul dipintu bilikku ini? Mama,Mama..."Mama, kak Ngah tak nak apa-apa dari Baba,"Kata Kak Ngah. Kenapa tanyaku?. Sebab Kak Ngah main anak Ikan Baba!"Kenapa usik anak ikan tu?' Tanyaku. Kak Ngah suka anak ikan tu, tapi Baba tak bagi main, Tak pa Kak Ngah tak nak Kek Hari Jadi, Kak Ngah tak nak apa-apa lagi. Kak Ngah merajuk pada hari jadinya...Biarlah Babanya yang pujuk dia... Kak Ngah, anak yang sensitif dan mudah merajuk.... Merajuk ada dimana-mana; antara suami dengan isteri; anak dengan ayah; emak dengan anak dan lain-lain. Bagaimana nak mengatasi masalah merajuk, adakah harus dibiarkan begitu atau ada jalan penyelesaiannya....

Semasa Hari Raya Aidilfitri

Image
Kenangan semasa Hanif berusia setahun dan Kak Ngah berusia 2 tahun. Lokasi dirumah mak mertua.
Image

Tambah Pengetahuan Mantapkan Akidah

“Umpama kudis bernanah di badan, jika tidak diubati akan merebak ke bahagian lain,” begitulah juga dengan ketohoran ilmu, jika tidak berpengetahuan akan menjadi punca kerosakan diri dan masyarakat. Persoalan akidah merupakan inti sari utama dan tunjang terpenting yang terkandung dalam ajaran Islam. Bermula dengan pengertian kalimah tayyibah, yang membuka pintu hati seseorang menerima Islam sebagai cara hidup, sekali gus membawa seseorang yakin tentang rukun iman dan rukun Islam sebagai dasar dalam beragama. Fitrah beragama sebenarnya telah wujud dalam diri manusia sejak azali lagi sebagaimana kisah Nabi Ibrahim AS bersama kaumnya yang mencari Tuhan sehingga baginda berjaya menemui-Nya melalui pertunjuk Ilahi. Dengan anugerah akal sebagai salah satu instrumen untuk mencari kebenaran berdasarkan wahyu Ilahi sudah tentunya manusia dapat membongkar rahsia kejadian alam dan mengetahui betapa Allah Maha Berkuasa dan menyedari hakikat kejadian manusia sebagai hamba-Nya. Semakin yakin, semakin

Rumah Mahsuri

Image

Sempat Menziarahi Makam Mahsuri

Image
Inilah Makam Mahsuri yang dipercayai tempat Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan. Tempatnya terletak di Pulau Langkawi , Kedah . Sekitar 12km dari Pekan Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Menurut lagenda, Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya sebaik sahaja dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri yang dikunjungi ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater tradisional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Anak Kedua

Nurul Fathul Amani Sekolah sejak umur tiga tahun, sekarang tahun 2009, tak nak pegi sekolah tadika Comel Sayang, Tahun ini mencecah umur lima tahun, kena tukar ke sekolah baru sebab mogok tak nak pergi sekolah. Sekarang bersekolah di tadika Tiara (Islamic Program Mentossori)

Anak Pertama

Image
Anak Pertama Kakak Nurul Fathillah Tarikh Lahir: 27 MAc 2001 Lahir di Machang Kelantan. Umur 8 Tahun Cita-cita: Doktor

Anak Bijak Bertanya, Ibu Mesti Bijak Menjawab

Image
Teman-teman mari berkongsi pengalaman dalam mendidik anak-anak. Kita akan gembira dan bersyukur bila anak-anak kita tanpa disuruh dan diajar ingin mencuba sesuatu yang baru. Begitu juga anak saya, Kak Ngah yang berusia lima tahun dan iman yang berusia tiga tahun serta Hanif yang berusia tiga tahun. Ketiga-tiganya petah bercakap dan kepetahan mereka mengundang rasa seronok bila mereka banyak bertanya hal-hal yang remeh dan soalan yang mudah dijawab, terkadang terpacul soalan yang sukar untuk saya sebagai ibu mereka menjawabnya kerana saya melihat tahap mereka untuk memahami sesuatu agak sukar jika tidak dijelaskan dengan sebaik mungkin dan sesuai dengan tahap pemahaman mereka. Sudah tentu jawapan yang diberikan menuntut bukti yang jelas dan nampak pada pancaindera mereka dan jawapan si Ibu hendaklah dengan penuh hikmah agar sesuai dengan tahap kemampuan mereka. Soalan yang sering ditanya oleh Kak Ngah, "Allah itu jadikan kita kan mama?" Saya akan menjawab, " Ya Allah j

Miliki Kesabaran

Buat Anakku, Ada kawan-kawan akan marah apabila mainannya di ambil oleh orang lain, ada pula berasa sedih apabila mainan dicuri orang. Ada yang kecewa dan mula memberontak apabila tidak mendapat sesuatu. Anak-anak, sikap ini tidak elok untuk diri. Islam mengajar umatnya untuk mengamalkan sabar. Bukankah Sabar itu sebahagian daripada iman. Jadilah anak-anak yang bersabar kerana orang yang bersabar akan mendapat keredaan Allah.

Hijrah Ke Arah Insan Berilmu

HIJRAH KE ARAH INSAN BERILMU ”Ummah Gemilang” merupakan aset negara yang paling bernilai kerana terciptanya sejarah kecemerlangan sesebuah tamadun bersumber dari kegemilangan ummah dalam meneroka pelbagai ilmu pengetahuan. Sejarah membuktikan kejayaan yang dimiliki oleh Ibn Sina dalam bidang perubatan, Al-Khawarizmi dalam bidang matematik dan astronomi, Ibn Khaldun dalam bidang falsafah dan ilmuwan lain yang telah menyumbangkan ilmu-ilmu mereka sehingga lahirnya satu tamadun ilmu. Penguasaan ilmu secara seimbang dan menyeluruh perlu diterapkan dalam masyarakat hari ini supaya tidak berlaku ”kejahilan ilmu” yang menyebabkan negara terpaksa meminjam tenaga dari luar. Usaha kerajaan dalam RMK-9 untuk membangun modal insan melalui pendidikan, Inovasi dan nilai merupakan satu langkah yang harus disokong oleh semua pihak kerana ia memberi kesan yang sangat positif dalam pembangunan ummah. Satu langkah yang tepat ialah berhijrah dari kepompong kemiskinan ilmu ke arah penguasa