Posts

Showing posts from 2013

Rahsia Hayat dan Maut

Pada hemat kita yang diam tidak bergerak itu adalah mati, manakala yang subur dan bergerak itu adalah yang hidup. Pernahkah kita  memperhatikan pada tumbuhan-tumbuhan iaitu keluarnya tumbuh-tumbuhan dari biji benih dan keluarnya biji benih dari tumbuh-tumbuhan, begitu juga pada kehidupan binatang, keluarnya ayam dari telur dan keluarnya telur dari ayam. Betapa menakjubkan jika kita memperhatikan keadaan ini. Allah  Maha Suci  dan  Allah  M aha Besar . Kita sedar bahawa disebalik  biji benih dan telur itu bukanlah berada pada yang mati, tetapi berada pada yang hidup, kerana didalam kedua-duanya terdapat hayat yang tersembunyi dan persediaan ke arah hayat yang seterusnya, yang juga turut akan membawa jenis baka atau warisan yang  mana kehidupannya juga sungguh menakjubkan. Itulah ciptaan Allah yang Maha Hebat. Sebagaimana firman-Nya dalam surah Yunus ayat 31 yang bermaksud: " Dan siapakah yang berkuasa mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang

Berilah Aku Ilham

Berikan aku Ilham untuk berkarya.... Sedang merancang dan menyiapkan bahan untuk diterbitkan dalam Suara Masjid.

Syukur pada-Mu Ya Allah

Dikurniakan anak yang sihat segala-galanya. Teramat syukur dan tiada lafaz yang paling indah untuk disebut kecuali kalimat "Alhamdulillah" saat kaki melangkah masuk ke Unit THT dua hari lepas. Betapa kuat dan tabahnya hati ibu-ibu dan ayah-ayah yang dianugerahkan anak istimewa. Sepanjang hampir  3 jam berada di situ pelbagai gelagat yang menarik perhatian aku untuk melihat mereka, cara mereka senyum, cara mereka menarik perhatian orang dan pelbagai lagi. Terbayang anak-anak yang bercuti di rumah. Buat apa mereka tika ini. Harapnya mereka selamat dirumah. Mujurnya ada pembantu yang sedia membantu menjaga mereka. Ya Allah selamatkan mereka, lindungi mereka dari keburukan, jauhilah mereka daripada segala ancaman bahaya.

Lembaran Baru: Hari Ini lebih Baik dari Semalam!

A ku yang dulu bukanlah yang sekarang. Lirik lagu ini telah menjadi dendangan  anak-anak kita hari ini, siapa yang tidak kenal Tegar? menariknya lagu ini menggambarkan diri sebenar si penyanyi cilik yang berubah dari dahulunya keadaan sukar kepada kehidupan yang lebih baik. Bagaimana dengan diri kita?  Adakah kita boleh melakukan perubahan? Jawapannya sudah tentu kita juga boleh! Mengapa tidak? tetapi ianya perlu ada niat dan disertai azam, juga usaha untuk berubah.  Memasuki awal Muharram 1435H  bermakna lembaran baru  bermula dan ini bermakna lembaran lepas yang  bercoret dengan pelbagai rona kehidupan suka dan duka menjadi kenangan dalam diari kehidupan seseorang. Sebagai hamba Allah yang telah diberi  berbagai taklif, kita hendaklah  sentiasa bermuhasabah diri dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Hari ini masyarakat berkata tentang Key Performance Indicator (KPI)/ Petunjuk Prestasi Utama untuk mengukur kualiti, prestasi dan pencapaian

Tahun Baru Datang lagi: Apa Azam anda?

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud, ”.... apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.   Sesungguhnya Allah Menyukai orang-orang yang bertawakkal” Sejauh manakah dalam diri kita melaksanakan pesan dari al-Quran ini? Sebenarnya pengalaman orang yang berjaya dalam kehidupan ia berjaya meletakkan azam sebagai pemula dalam melakukan sesuatu perkara,  berusaha mencapai apa yang diazamkan dan dalam masa yang sama bertawakal kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa. Kita adalah hamba-Nya yang tidak memiliki apa-apa kecuali dengan izin-Nya sedangkan Ia amat menyukai hamba-hamba-Nya yang bertawakkal. Maksudnya sebagai pelajar kita mempunyai keazaman untuk berjaya dalam setiap peperiksaan, sabagai hamba Allah kita mempunyai keazaman untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Sudah tentu dalam menggapai azam kita akan melalui perjalanan yang penuh berliku, adakalanya kita akan jatuh, terbabas dan sebagainya, walau bagaimanapun dengan keazama

KEMBALI MENGGALAS TAKLIF

Hari ini merupakan hari ke-3 aku mula bekerja...Alhamdulillah dengan semangat baru macam baru masuk kerja pulak rasanya, walaupun 6 bulan bercuti tetapi terasa macam baru bercuti, tak puas lagi rasanya menjadi driver pada anak-anak mengambil dan mengantar sekolah, tak puas rasanya bersama si kecil Nana dan Yaya, tak puas lagi menjadi suri rumah sepenuh masa.

Cerita Mereka Cerita Kita

Lokasi rumah di simpang tiga menjadi laluan utama penduduk kampung lalu lalang. Cerita mereka, sudah ramai yang balik berhari raya dari jam 3.00 pagi kedengaran deruman enjin kenderaan melewati simpang tiga. Entah sudah berapa buah kenderaan yang lalu. Tatkala siang, kelihatan lagi kenderaan masuk, berdiri aku di hadapan pintu sambil mencuping dengar perbualan jiran-jiran yang bertamu ditangga itu... "Ramai dah org balik beraya, budak-budak dumah balik belaka ko?" tanya Mak Cik A kepada Mak Cik C dan D. "Duo ore jah kelik taun ni, hok lain tak dapat cuti, kena standby musim raya," Kata Mak Cik B. "Budak-budak rumah ambo kelik belako," Kata Mak Cik C dengan  nada gembira. Apa pun pada Hari Lebaran, pastinya Ibu bapa gembira bila anak-anak berada disamping, bagi yang dekat akan berkunjung di pagi raya, bagi yang jauh akan bercuti panjang untuk pulang berhari raya, begitulah dengan rutin kehidupanku jua semenjak tinggal berjauhan dari sanak-saudara, ta

Malu...

Malu kalau meminta-minta, lebih malu jadinya bila orang tak memberi. Usah jadi orang yang meminta-minta, kan... lebih utama tangan yang memberi dari yang menerima. Apalagi kalau yang memberi pula memberi kerana malu si peminta meminta dihadapan orang ramai, tak kasi salah, kasi serba salah, tapi kerana segan dengan orang disekitar lalu diberi jua...jauh disudut hati keikhlasan memang tiada.

Namanya Hati dan Perasaan

Adakala gelisah, ada kala ok-ok sahaja, adakala sedih, adakala gembira, sudah namanya hati dan perasaan. Adakala bila orang meninggi suara, terasa diri dimarah, malunya pada diri sendiri kerana tak pandai menjaga hati dan perasaan orang lain. Bila kita meninggi suara, lupa pula ada hati yang sedang terguris, ada perasaan yang tersentuh....

Oh, My Family

Cerita Sama tentang Mercun

Saban tahun bila Ramadhan menjelma, isu yang sama, terbakar tangan, melecur muka, terkena mercumbuatan sendiri dan sebagainya. Apa sudah jadi pada anak-anak sekarang, tak serik mendengar cerita dan berita, bahkan ada yang melihat sendiri dengan mata kepala bagaimana insiden main mercun membahayakan diri sendiri, tetapi nak juga bermain api... Kepada anak lelaki yang begitu teruja nak melihat kawan bermain mercun, aku katakan kepadanya yang dibakar itu adalah duit ayah dan emak mereka. Sanggupkah kita membakar duit yang diberi Ayah dan Emak kita untuk belanja sekolah, setelah Ayah dan Emak kita bekerja untuk mendapatkan duit 10 sen 20 sen, terpaksa berpenat lelah keluar pagi dan balik petang semata-mata untuk memberikan pada kita supaya tak lapar di sekolah dapat belajar tanpa gangguan. Namun, dek kerana melihat kawan bermain teruja juga nak membeli, walau tak dapat, nak juga dia pergi menjenguk, apalagi jawabnya kena baca alif, ba, ta, dan seterusnya tak berbaris....Bukan apa bimba

Mu Comel Aku Nok Comel!

Demi untuk comel atau cantik, ada orang yang sanggup menjadikan organ sendiri sebagai santapan. Bunyinya mungkin pelik tapi itulah hakikatnya iaitu sanggup makan uri sendiri kerana ingin kelihatan cantik dan menawan. Dalam Berita Harian  pada 22 Julai lalu, telah mendedahkan isu “makan uri” ini sebagai satu fenomena  gila yang mana  terdapat bintang filem dari negara luar yang mengamalkannya sebagai makanan enak, membuat diri kelihatan muda, melawan kemurungan dan meningkatkan pengeluaran susu. Persepsi  yang pelbagai tentang kelebihan uri atau nama saintifiknya plasenta turut memberi inspirasi kepada pengeluar makanan di pelbagai negara yang secara khusus mencipta produk yang  dapat di masak bersama uri. Begitu juga, ada yang menjadikannya dalam bentuk pil  sebagai makanan tambahan dan  ada juga dimasukkan dalam peralatan kosmetik.                 Termanggu  sendiri, rasanya oh tidakla...biarlah aku begini...tak nak...makan daging sendiri apa lagi daging orang lain...Apa

Warisi Bakat Baba

Semasa mengoreng popia simpul, iman memberitahu mama. "Mama, semalam ada kawan nak beli kue mama," beritahu iman kepadaku. "erm, sedap ke kue mama buat Iman, "tanyaku semula sambil meneruskan kerja-kerja menggoreng popia. "Tapi mama tak jual kat budak kecil, Mama jual kat orang besar, harganya RM21.50, nanti tak ada duit kawan iman nak beli, mama bagi ajelah, kira sedekah," Aku meneruskan perbualan dengan iman. Petang, balik dari sekolah "Mama tadi Iman jual kue di sekolah kat kawan dia," beritahu kakak "Kamu jual harga berapa iman?" tanyaku "RM0.30 aje," jawabnya ringkas. Dalam hati tak terkata apa-apa, bakat siapa pulak yang diwarisi...erm mesti tiru baba yang suka berniaga kecil-kecilan ni. sambil melihat suami yang sedang berdiri di pintu dapur aku tersenyum sendirian. Hari tu, kakak, jual ice cream goreng kat sekolah, hari ini Iman pulak, macam mana yer... Sudah-sudahlah anak, usah menjual lagi, masanya belu