Posts

Showing posts from January, 2013

Nasihat Buat Si Pencuri

Takutlah Wahai Si Pencuri Takutlah balasan Allah, Jika tidak dapat di Dunia di Akhirat Pasti di Balas Mencuri Yang Dilarang Teringat citer emak, orang kampung takut pakai barang kemas, takut dilihat pencuri, nanti kalau tiada orang di rumah, si pencuri akan masuk ke rumah mengambil barang kemas.Bukan itu sahaja bila diajukan soalan kenapa nak call emak susah sangat. Mak jawab call ajer pakai handset sebab kabel telefon pun orang curi. Kasihan sungguh....Rumah emak berkunci, kehidupan seperti rumah di bandar besar jugak rupanya. Jeriji besi menghiasi pintu dan jendela, tak ubah dengan rumah saya di bandar. Ingatkan kehidupan di kampung tidak seperti di bandar. Alahai telahan saya salah, saya lupa kita semua manusia. Kata emak, sebaik saja TNB gantikan kabel yang baru, tak sampai beberapa hari pasti kabel itu akan hilang lagi.. Jahat sungguh si pencuri. Anak siapa mereka? Anak jiran kitakah? Atau anak orang dari kampung seberang? Biarlah siapapun mereka kita kena berhati-hati. Ci