Warisi Bakat Baba

Semasa mengoreng popia simpul, iman memberitahu mama.
"Mama, semalam ada kawan nak beli kue mama," beritahu iman kepadaku.
"erm, sedap ke kue mama buat Iman, "tanyaku semula sambil meneruskan kerja-kerja menggoreng popia.
"Tapi mama tak jual kat budak kecil, Mama jual kat orang besar, harganya RM21.50, nanti tak ada duit kawan iman nak beli, mama bagi ajelah, kira sedekah," Aku meneruskan perbualan dengan iman.

Petang, balik dari sekolah

"Mama tadi Iman jual kue di sekolah kat kawan dia," beritahu kakak
"Kamu jual harga berapa iman?" tanyaku

"RM0.30 aje," jawabnya ringkas.

Dalam hati tak terkata apa-apa, bakat siapa pulak yang diwarisi...erm mesti tiru baba yang suka berniaga kecil-kecilan ni. sambil melihat suami yang sedang berdiri di pintu dapur aku tersenyum sendirian. Hari tu, kakak, jual ice cream goreng kat sekolah, hari ini Iman pulak, macam mana yer...

Sudah-sudahlah anak, usah menjual lagi, masanya belum sesuai, kalau ada yang nak rasa bekalan yang kalian bawa, berikanlah sebagai sedekah, lebih berpahala...



Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu