Ada Hati Rasa Resah

Saat Baba hendak berangkat ke Jepun, ada hati yang resah, ada hati yang sedih, manakan tidak namanya hati juga perasaan. Sebagai seorang isteri, betapa berat rasanya memikul amanah seorang diri, menguruskan enam orang anak di saat menghadapi masalah "Suara" tapi inilah peluang untuk saya merasa bagaimana menguruskan anak tanpa suami disisi.

Benar cuti selama hampir lima bulan ini  saya dapat merasakan banyak perkara yang tidak berpeluang saya merasakannya sebelum ini. Apa tidaknya macam-macam perkara yang saya sudah lalui, menjaga anak yang tidak sihat, di samping diri sendiri tidak sihat, menjaga suami yang terkena Gout selama hampir seminggu dan menjadi driver pada anak-anak.

Oh ya, mengapa saya menjadi driver kepada anak-anak? Tak lain dan tak bukan, atas saranan sepupu saya "Mek" bagi menghilangkan rasa boring duduk di rumah katanya cubalah menghantar dan menjemput anak-anak di sekolah, Sekurang-kurangya ada aktiviti yang dilakukan setiap hari. Alhamdulillah rupa-rupanya dengan cara begini saya merasakan hati saya semakin dekat dengan anak-anak. Salaman dari jejari kecil dan ciuman mereka walaupun terkadang bila terkena pipi saya melekat air liur mereka atau sisa minuman dimulut berjangkit dipipi saya, tapi saya berasa puas kerana saya dapat sesuatu yang amat berharga untuk diri, saya rasa ada hati yang sangat menghargai dan menyayangi saya iaitu anak-anak saya.

Bertuahnya saya menjadi seorang ibu kepada 6 orang cahaya mata, ingin menambah bilangan, tapi tunggu dulu, takut si kecil tak sempat diberi perhatian. 

Alhamdulillah, Allah mudahkan segala urusan, di saat keberangkatan suami ke Bumi Jepun, Adinda saya Nek Mohd Bukhari telah menawarkan maidnya untuk membantu saya. Siapa sangka, inilah rahmat daripada Allah SWT. Syukur kepada Allah dan terima kasih atas pertolongan.

Apabila mengenang diri betapa kerdilnya saya, betapa saya tak mampu, betapa saya lemah untuk mengasuh dan mendidik mereka, betapa besar cabaran di luar rumah, walaupun kita cuba membentuk mereka dari dalam rumah, perkara simple sahaja, contohnya saya sedaya upaya mengawal kualiti makan dan minum mereka di dalam rumah, tetapi di luar rumah,bila mereka ke sekolah saya sudah tidak dapat control lagi, mereka bebas memilih makan yang mereka suka. Termenung sendiri sewaktu menunggu kepulangan anak-anak di Dataran al-Falah, disebelah saya dua anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa hanya mahunya "gula-gula", saya melihat anak-anak berlari riang sewaktu melihat kereta mamanya sudah berada di Dataran itu, tetapi sempat pulak menyinggah ke sebuah gerai kecil, membeli gula-gula...

Hai anak, hai anak risau Mama melihat situasi ini,  serba salah dibuatnya... Mama hanya boleh nasihatkan beli makanan yang ada tanda halal Malaysia sahaja, tapi masih ada juga yang cuba bertanya, kalau halal yang tak ada Malaysia tu boleh ke mama beli? sabar jerlah anak-anak.

Fikir-fikir dan fikir, saya mengharapkan bantuan Allah saya panjatkan doa agar anak saya ini mudah memahami apa yang saya nasihatkan, Bukakanlah ya Allah, cahaya mata saya ini pendengaran dan penglihatan yang tajam yang dapat menilai baik dan buruk serta dapat membuat pertimbangan yang benar. Hanya pada Engkau tempat aku memohon dan Hanya pada Engkau tempat aku berserah diri.

Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu