Posts

Showing posts from 2010

Syukur

Syukur kerana diberi kesihatan yang baik Syukur kerana dimurahkan rezeki Syukur masih selamat Syukur, syukur dan terus bersyukur Apa makna syukur Bahasa mudahnya syukur ialah menyedari bahawa semua nikmat yang ada pada diri kita, baik yang zahir mahupun yang batin sebagai kurniaan dan pemberiaan dari Allah. Tanda Syukur *Rasa gembira tentang wujudnya nikmat pada diri iaitu dilapangkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri. *Memperbanyakkan mengucapkan syukur dan terima kasih *Mengerjakan ketaatan kepada Allah dan memohon pertolongan dalam mengerjakan ketaatan *Membesarkan nikmat Allah, sekalipun nikmat itu kecil.

Sedih, sedih, sedih kerana sebelah kasut

Hari ini seperti biasa, suamiku menjalan rutin hariannya menjadi Pak Supir menghantar kami anak beranak ke destinasi masing-masing. Sebelum sampai ke destinasi pertama, kakak bersuara, "Baba kasut kakak sebelah tertinggal," Oh, apa nak jadi, nak kena patah baliklah nih, apa nak buat supaya perkara seperti ini tidak lagi berlaku, desis hatiku. Macam mana nak ajar anakku yang seorang ini supaya lebih berhati-hati.Macam mana nak ubah sikapnya yang selalu "tak kisah" tentang diri sendiri. Adakah aku telalu memanjakan dia, atau memang dia merasa kurang kasih sayang disebabkan aku bekerja atau adakah aku yang sebenarnya tidak pandai mendidik anak. Pelbagai persoalan bermain diminda. Aku buntu...Inikah dilema seorang ibu yang bekerja... Mengutip pendapat seorang dr. Tiada ertinya bagi anak-anak yang dibesarkan dirumah, tetapi tidak mendapat kasih sayang ibu bapa... Persoalannya, sikap anak yang sering memberontak, tidak mendengar cakap, tidak hormat dan sebagainya adakah

Menyuntik Jiwa Anak Mengenal alam Ciptaan Tuhan

Menyuntik Jiwa Anak Mengenal alam Ciptaan Tuhan Ayuh anak-anakku, lihatlah keluar tingkap sana...betapa indahnya alam ini. Alam yang diciptakan Tuhan untuk kita semua... Anak-anakku...Lihat dilangit Indahnya Ciptaan Tuhan, warna yang putih kebiruan amat sejuk mata memandang. Begitu indahnya ciptaan Tuhan, menjadi bumbung seluruh penghuni dunia. Tiada Tiang yang menongkat atau tiang yang mengampunya. Alhamdulillah... Anak-anakku...Lihat matahari Mulai keluar dicelah-celah awan dengan warnanya yang bersinar indah yang akan menerangi hari ini. Alhamdulillah... Bayangkan anak-anakku jika matahari tiada, apa akan jadi dengan alam ini? Indahnya ciptaan Tuhan, matahari yang hanya satu itu, dapat menyinari seluruh dunia. Alhamdulillah... Anak-anakku...Lihat pula di langit kadang-kadang hujan mencurah ke bumi Setiap titisan hujan yang turun memberi manfaat pada seisi alam, Pada manusia dapat dijadikanminuman, pada tumbuhan dapat menyegarkan, pada binatang dapat menghilangkan kehausan, air

ADAM DAN KELUARGANYA

Umar, Fatimah, Husam, Ahmad dan Zainab mengelilingi ayah mereka. “Anak-anakku sekelian, malam ini ayah akan ceritakan kepada kalian sebuah kisah manusia yang pertama bergelar khalifah Allah, yang dimuliakan dan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT berbanding makhluk lain.” kata ayah. “Siapakah manusia itu ayah?” tanya Umar. “Cuba kalian teka?” kata ayah. “Adakah Nabi Adam ?” tanya Fatimah pula. “Saya rasa tidak ada nabi lain selain Nabi Adam, ustazah di sekolah pernah bercerita tentang kisah nabi Adam ini,” kata Husam pula. “Memang benar anak-anakku, Nabi Adamlah yang ayah maksudkan itu,” kata ayah sambil membelek-belek kitab suci al-Quran. Firman Allah SWT yang maksudnya, Dalam ayat ini Allah telah mengkhabarkan kepada malaikat bahawa Dia hendak menciptakan nabi Adam sebagai khalifah di muka bumi ini. Bersambung semula dilain masa

Nikmat dan Iman

Manusia mesti bersyukur dan beriman Maksudnya: “ Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha mengetahui (akan hal keadaan mereka).” (Surah an-Nisa’ ayat 147) Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan tentang kedudukan orang-orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT dan kedudukan orang yang beriman kepada-Nya. Mereka akan mendapat balasan yang sebaik-baiknya. Allah SWT Maha Adil, Dia tidak akan menyeksa hambanya kerana dendam dan tidak pula kerana ingin mengambil manfaat terhadap sesuatu perkara. Allah SWT Maha Berkuasa Ia telah menyediakan pelbagai nikmat kehidupan kepada umat manusia khususnya dalam diri manusia sendiri Allah SWT telah menganugerahkan akal fikiran, pancaindera dan anggota badan lain ya

Sudah Lama

Sudah lama aku, tidak menulis dalam blog disebabkan sibuk dengan urusan lain.