Posts

Showing posts from March, 2013

Hari Ini Dalam Sejarah

Image
17 Mac tahun 2000, hari Jumaat, rombongan pengantin lelaki tiba di rumah pengantin wanita. Kalau tidak saya, siapalah lagi semasa ini yang paling gembira bercampur sedih, Gembira kerana akan memasuki alam baru, sedih akan meninggalkan rumah Abah dan Emak tempat saya berteduh menuju rumah baru yang belum tahu bagaimana rupa bentuknya, yang pasti banyak tanggungjawab yang harus dipikul bersama, Mengikat tali persaudaraan dan memperluaskan tali kekeluargaan dengan masuk ke dalam sebuah keluarga yang baru, tentulah berbeza dengan suasana yang telah dilalui sebelum ini. Hati harus kuat, Doa pada-Nya harus tidak putus kerana Dia tempat kita berlindung.Saya mahukan keluarga yang di bina pada hari itu hingga kini sebah keluarga yang berlandaskan konsep mawaddah dan rahmah. Terbaca wasiat Umamah terhadap Puterinya yang akan berkahwin dengan al-Harith bin Amru. Katanya: "Wahai Puteriku! Ada 10 perkara yang ingin aku berikan pedoman kepadamu dan sebagai panduan untukmu dalam kehidupan