Posts

PUDING TRIFLE KESUKAAN ANAK-ANAk

PUDING TRIFLE KESUKAAN ANAK2 Bahan-bahan 1 bungkus kek swiss roll 1 kotak agar-agar/ 1 kotak jelly perisa strawberry 1 tin fruit coctail 1 tin susu cair 1 tin air 1/2 cawan gula Cara-Cara Bahan A (Lapisan Kek) Swis roll secukupnya Air dan jus koktel Swiss roll dipotong setebal 1 cm. Masukkan ke dasar mangkuk. Kek mestilah menutup setiap ruang dasar mangkuk. Tekan sikit supaya padat Siram/renjis dengan air/jus koktel ke atas swiss roll supaya kek agak moist. Ha...letak tepi dulu... Bahan B (Lapisan Kastad) 1 cawan rata tepung kastad 1/2 cawan gula 1 tin susu cair 1 tin air (sukat guna tin susu cair) 1 tin buah-buah koktel (asingkan buah dan jus) Satukan semua bahan, kacau semua bahan  hingga sebati Masak atas api yang kecil hingga pekat dan kastad kelihatan meletup. tutup api Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A) Taburkan buah-buahan Bahan C (Kristal Jelly) Ikut direction Curahkan atas lapisan kastad Ok siap.....

Kehidupan yang tersembunyi

Disediakan oleh NIK NORLIZA BT MUSTAPA Pada hemat kita yang diam tidak bergerak itu adalah mati, manakala yang subur dan bergerak itu adalah yang hidup. Pernahkah kita  memperhatikan pada tumbuhan-tumbuhan, keluarnya tumbuh-tumbuhan dari biji benih dan keluarnya biji benih dari tumbuh-tumbuhan, begitu juga pada kehidupan binatang, keluarnya ayam dari telur dan keluarnya telur dari ayam. Betapa menakjubkan kita   memperhatikan keadaan ini. Allah Maha Suci  dan  Allah Maha Besar. Kita akan sedar bahawa disebalik  biji benih dan telur itu bukanlah berada pada yang mati, tetapi berada pada yang hidup, kerana dalam kedua-duanya terdapat hayat yang tersembunyi dan persediaan ke arah hayat yang seterusnya, yang juga turut akan membawa jenis baka atau warisan yang  mana kehidupannya juga sungguh menakjubkan. Itulah ciptaan Allah yang Maha Hebat. Sebagaimana firman-Nya dalam surah Yunus ayat 31 yang bermaksud: " Dan siapakah yang berkuasa mengeluarkan yang hidup dari y
Ramadhan Datang lagi.... Hari ini sudah masuk 5 Ramadhan, teringat anakanda saya Nurul Fathul Ramadhani dan Ahmad Fathur Rizq lahir pada bulan ini. Bulan yang penuh barakah dan pengharapan mengharap redha Ilahi. 

UNGKAPAN DISBALIK TULISAN

Mendapat inspirasi dari Mr. Zubir untuk menulis kembali, lagi dan lagi...Menulis adalah terapi diri, cuba anda buat, saya telah mempraktikkan sejak tingkat 3, tatkala saya rindu pada Abah dan Emak serta adik-adik saya tulis di kertas, tatkala saya dimarah oleh guru juga saya tulis perasaan saya dan tatkala saya diumpat oleh kawan-kawan saya menulis apa yang terfikir dan perasaan saya  ketika itu..Apabila saya menulis, saya rasa  saya sedang mencurahkan perasaan saya dan hati saya lega....itulah perasaan saya pada ketika itu. Hari ini, saya ajar untuk anak saya menulis...kakak meluahkan perasaan dan apa yang dirasakan  melalui tulisan yang mana suatu ketika saya pernah terbaca penulisannya, Rupa-rupanya ajaibnya penulisan ialah lebih terkesan daripada kata-kata. Kata-kata berlalu dan pergi, tapi tulisan akan kekal selagi tidak rosak dek curahan air dan lain-lain. Memberi kesan dan makna yang cukup besar saat meneliti baca dairi mereka. Sampai saat ini, hati akan berasa lega kalau aku m

Catatan hamba

Hamba orang biasa dilahirkan dlm keluarga yg biasa2 tapi mahu yg luar biasa...

10 Disembar 2015

Asyik dengan kesibukan dan tugas harian hingga lupa sudah masuk bulan Disember 2015. Tak lama lagi 2016 akan muncul..apa KPI  tahun depan? Sedang fikir-fikir nak wujudkan satu KPI untuk Stakeholder keluarga..Erm....

DEMAM RAYA

Assalamualaikum wr. wbt. Sudah lama tak berblog...Berkesempatan pula hari ini....Suasana di ofice semakin lenggang...Aku masih kukuh duduk dikerusi....Hati sudah jauh melayang ke kampung, walaupun pada hakikatnya jasad masih di sini, dikerusi ini, di kompleks ini dan di Putrajaya....Lambat jam 5.30, tambahan lagi semalam baru dapat surat perpindahan ke JAWI.... Gembira atau tidak, terima suatu takdir yang telah tersurat, ada hikmah yang tersembunyi perlu di gali dan diterokai, ada medan yang perlu ditempuhi, semoga ada kekuatan untuk terus menapak dalam kerjaya yang telah diamanahkan. Benarlah apa yang pernah kutulis dahulu semasa memohon Scholarship MARA.  Antara ayatnya yang masih kuingat ialah:                     "Saya akan berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air saya" "Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu." Saat orang membayar hutang pinjaman pelajaran, aku bebas tanpa hutang....dan tatkala diijabkabul pun tiada hutang bank y