Posts

Showing posts from March, 2014

Semalam Hari Ulang Tahun Kahwin Kami

Image
Syukur pada Allah SWT yang telah dan  sentiasa menganugerahkan rasa sayang kepada hamba-hamba-Nya. Rasa sayang yang lahir dari hati itu menyebabkan hati itu tidak kering untuk menyayangi dan merasa disayangi. Terima Kasih ya Allah atas  ketentuan-Mu yang telah mempertemukan pasangan ini dan memberi kebahagiaan kepada mereka. 14 tahun sudah berlalu  bermakna 14 tahun sudah melayari kehidupan berumahtangga. Teringat falsafah disebalik asam, garam dan gula yang disuap untuk dicicipi...rasanya hari ini sudah ku temu jawapannya....Mengapa ia menjadi adat  turun temurun. Disuapkan asam, garam dan gula untuk dirasai bersama.... Terima Kasih untuk Suami kerana sanggup berkongsi suka dan duka, menjagaku setiap masa, menunjuk jalan saat aku kebuntuan, mengajar aku tentang kehidupan, memberi  peluang aku menggalas sebuah tanggungjawab dan menjaga amanahmu setiap  masa. Mohon maaf atas kekurangan, Semoga Allah SWT sentiasa menunjuk jalan pada kita sekeluarga.   Amin....

Apa yang Terjadi Hari Ini

Cuaca panas dan kemarau ketika ini merupakan salah satu ujian kepada kita.   Beberapa negeri telah mengalami masalah kekurangan air bersih iaitu di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Sepanjang waktu ini, penurunan paras air di beberapa empangan terutamanya di Selangor telah memberi   kesan terhadap bekalan air kepada orang ramai. Di sebahagian tempat   di Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah melaksanakan pengagihan air berjadual iaitu selama dua hari sekali. Jadual pengagihan air ini dilakukan bagi mengawal penggunaan sumber air mentah daripada empangan yang mengalami penurunan paras kritikal. Penggunaan air secara berhemah dan tidak membazir sangat   diperlukan di kalangan pengguna hari ini. Menurut laporan dari Malaysia Water Industry Guide 2013 , penggunaan air domestik perkapita sehari telah meningkat dari 210 liter pada tahun 2011 kepada 212 liter dan dijangka terus meningkat. Oleh yang demikian, kesedaran tentang   penggunaan air secara b