Mu Comel Aku Nok Comel!




Demi untuk comel atau cantik, ada orang yang sanggup menjadikan organ sendiri sebagai santapan. Bunyinya mungkin pelik tapi itulah hakikatnya iaitu sanggup makan uri sendiri kerana ingin kelihatan cantik dan menawan. Dalam Berita Harian  pada 22 Julai lalu, telah mendedahkan isu “makan uri” ini sebagai satu fenomena  gila yang mana  terdapat bintang filem dari negara luar yang mengamalkannya sebagai makanan enak, membuat diri kelihatan muda, melawan kemurungan dan meningkatkan pengeluaran susu. Persepsi  yang pelbagai tentang kelebihan uri atau nama saintifiknya plasenta turut memberi inspirasi kepada pengeluar makanan di pelbagai negara yang secara khusus mencipta produk yang  dapat di masak bersama uri. Begitu juga, ada yang menjadikannya dalam bentuk pil  sebagai makanan tambahan dan  ada juga dimasukkan dalam peralatan kosmetik.


                Termanggu  sendiri, rasanya oh tidakla...biarlah aku begini...tak nak...makan daging sendiri apa lagi daging orang lain...Apa sudah jadi dengan dunia…Inilah sebahagian kisah dalam kehidupan masyarakat, kerana ingin cantik dan menawan sanggup melakukan apa sahaja. Tahukah anda sebagai orang Islam, banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk  kekal cantik dan menawan.  Tidak perlu mengikut  budaya masyarakat asing yang tidak ada  batasan dalam berhukum ; antara yang halal dan haram. Yang pasti  secara asasnya memakan organ itu dikategorikan sebagai najis seperti yang dicatatkan oleh Imam Taqiyuddin Abu Bakar Muhammad al-Husaini dalam kitab Kifayatul Akhyar bahawa setiap cairan yang keluar dari dua jalan (dubur dan kemaluan) adalah najis, kecuali mani.


                Oleh yang demikian, mari kita ikut cara betul, rasanya tak apalah tak cantik pun yang penting kita sihat dan banyak lagi cara untuk kekal sihat.  Kecantikan yang sebenar ialah kecantikan dari dalam kemudiannya akan menyerlah keluar .  Tak lain dan tak bukan mafhumnya,  ialah kecantikan rohani akan membentuk jasmani yang menawan. Untuk cantik rohani, mari kita tingkat amalan diri menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa. 


Moga Ramadhan kali ini  lebih bererti dari  Ramadhan sebelumnya. Moga masa 30 hari yang diberi untuk melakukan amal ibadat, akan subut dan istimrar  sepanjang zaman. Jika bulan ini kita sentiasa  ingin meraih pahala dengan melaksanakan amalan sunnah dan mencari barakah, apalah salahnya untuk tampil hebat maka  mari kita amalkan cara Rasulullah SAW sebagaimana promosi iklan hari ini,

 “Amalkan Pemakanan Sunnah,   Insya-Allah Anda Tampil Hebat.” 

Apakah dia makanan sunnah, Insya-Allah dapatkan penjelasan  lanjut daripada Ustaz  Mohd Azubir Razali. (jangan marah). Antaranya makanlah susu, madu, kambing, kurma, tin, zaitun,dll.

     Apa pun, terdapat beberapa tips untuk dikongsi sama:
 

·         Wajah Kelihatan Menarik

Cucilah muka anda  lima kali sehari dengan berwudhu. Jika bercermin, sentiasalah berdoa.


·         Wajah kelihatan Manis

Senyuman dibibir yang lahir dari rasa ikhlas dan bersaudara. Sentiasa lafazkan salam kepada 
siapa sahaja, sentiasa bisikkan kalimah Allah, berkata pada perkara yang baik, bertahan dari berkata yang buruk. Amalkan sunnah  iaitu bersugi.


·         Tubuh  Kelihatan Langsing Menawan

Jangan lupa amalkan diet yang teratur melalui puasa Isnin dan Khamis dan makan makanan yang halal dan toiyyiban.



Selamat Mencuba…

Comments

NikE-Jah said…
tq for ur info..kitakan comel asli hik3x...

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu