Posts

Showing posts from July, 2013

Malu...

Malu kalau meminta-minta, lebih malu jadinya bila orang tak memberi. Usah jadi orang yang meminta-minta, kan... lebih utama tangan yang memberi dari yang menerima. Apalagi kalau yang memberi pula memberi kerana malu si peminta meminta dihadapan orang ramai, tak kasi salah, kasi serba salah, tapi kerana segan dengan orang disekitar lalu diberi jua...jauh disudut hati keikhlasan memang tiada.

Namanya Hati dan Perasaan

Adakala gelisah, ada kala ok-ok sahaja, adakala sedih, adakala gembira, sudah namanya hati dan perasaan. Adakala bila orang meninggi suara, terasa diri dimarah, malunya pada diri sendiri kerana tak pandai menjaga hati dan perasaan orang lain. Bila kita meninggi suara, lupa pula ada hati yang sedang terguris, ada perasaan yang tersentuh....

Oh, My Family

Cerita Sama tentang Mercun

Saban tahun bila Ramadhan menjelma, isu yang sama, terbakar tangan, melecur muka, terkena mercumbuatan sendiri dan sebagainya. Apa sudah jadi pada anak-anak sekarang, tak serik mendengar cerita dan berita, bahkan ada yang melihat sendiri dengan mata kepala bagaimana insiden main mercun membahayakan diri sendiri, tetapi nak juga bermain api... Kepada anak lelaki yang begitu teruja nak melihat kawan bermain mercun, aku katakan kepadanya yang dibakar itu adalah duit ayah dan emak mereka. Sanggupkah kita membakar duit yang diberi Ayah dan Emak kita untuk belanja sekolah, setelah Ayah dan Emak kita bekerja untuk mendapatkan duit 10 sen 20 sen, terpaksa berpenat lelah keluar pagi dan balik petang semata-mata untuk memberikan pada kita supaya tak lapar di sekolah dapat belajar tanpa gangguan. Namun, dek kerana melihat kawan bermain teruja juga nak membeli, walau tak dapat, nak juga dia pergi menjenguk, apalagi jawabnya kena baca alif, ba, ta, dan seterusnya tak berbaris....Bukan apa bimba

Mu Comel Aku Nok Comel!

Demi untuk comel atau cantik, ada orang yang sanggup menjadikan organ sendiri sebagai santapan. Bunyinya mungkin pelik tapi itulah hakikatnya iaitu sanggup makan uri sendiri kerana ingin kelihatan cantik dan menawan. Dalam Berita Harian  pada 22 Julai lalu, telah mendedahkan isu “makan uri” ini sebagai satu fenomena  gila yang mana  terdapat bintang filem dari negara luar yang mengamalkannya sebagai makanan enak, membuat diri kelihatan muda, melawan kemurungan dan meningkatkan pengeluaran susu. Persepsi  yang pelbagai tentang kelebihan uri atau nama saintifiknya plasenta turut memberi inspirasi kepada pengeluar makanan di pelbagai negara yang secara khusus mencipta produk yang  dapat di masak bersama uri. Begitu juga, ada yang menjadikannya dalam bentuk pil  sebagai makanan tambahan dan  ada juga dimasukkan dalam peralatan kosmetik.                 Termanggu  sendiri, rasanya oh tidakla...biarlah aku begini...tak nak...makan daging sendiri apa lagi daging orang lain...Apa

Warisi Bakat Baba

Semasa mengoreng popia simpul, iman memberitahu mama. "Mama, semalam ada kawan nak beli kue mama," beritahu iman kepadaku. "erm, sedap ke kue mama buat Iman, "tanyaku semula sambil meneruskan kerja-kerja menggoreng popia. "Tapi mama tak jual kat budak kecil, Mama jual kat orang besar, harganya RM21.50, nanti tak ada duit kawan iman nak beli, mama bagi ajelah, kira sedekah," Aku meneruskan perbualan dengan iman. Petang, balik dari sekolah "Mama tadi Iman jual kue di sekolah kat kawan dia," beritahu kakak "Kamu jual harga berapa iman?" tanyaku "RM0.30 aje," jawabnya ringkas. Dalam hati tak terkata apa-apa, bakat siapa pulak yang diwarisi...erm mesti tiru baba yang suka berniaga kecil-kecilan ni. sambil melihat suami yang sedang berdiri di pintu dapur aku tersenyum sendirian. Hari tu, kakak, jual ice cream goreng kat sekolah, hari ini Iman pulak, macam mana yer... Sudah-sudahlah anak, usah menjual lagi, masanya belu

Ramadhan Kembali Lagi

Kembalinya 4 Ramadhan tahun ini bermakna genaplah usia Ramadhani 2 tahun. Pejam celik, pejam celik  begitu cepat masa berlalu, macam baru semalam aje menyambut kelahiran Ramadhan, tanpa sedar dia sudah besar, pandai bercakap, berjalan dan berlari anak. Yang penting sudah tahu beza antara sejuk dan panas. Sudah pandai pula bermain-main dengan anak kucing, memang penyayang orangnya, kalau minta susu, mesti dibuat dua, satu untuk kakaknya yang dipanggil "Nana" dan satu untuknya. Kalau dimarahi, pandai pula dia merajuk. Ayat lengkapnya tika ini, kalau diusik sudah pasti dan pasti dia akan berkata, "Tak nak kawan kamu," lalu dia melarikan diri seolah-olah merajuk. Namanya anak sedang membesar , sudah tentu banyak keletahnya....

Pesan Ibu Mertuaku

Tujuh tahun dahulu, Ibu mertua pernah berpesan, ujian Allah bermacam-macam, Allah datangkan ujian melalui anak, suami, harta dan lain-lain. Sebagai perempuan kita perlu banyak bersabar. Sebagai menantu dalam keluarganya, walau menantu seperti anak jua. Banyakkan sabar dalam hidup berumah tangga. Banyakkan doa semasa menyediakan makan dan minum supaya Allah ikat hati suami dan anak-anak dengan kasih sayang. Kepada Mertuaku, walau mertua seperti jua ibu sendiri, terima kasih atas kasih sayangmu  yang tulus, kerana nasihatmu dulu, hari ini aku berdiri dengan kekuatan dan semangat yang kau berikan, dengan kesabaranmu jua menjadi inspirasi kepadaku dalam membesarkan anak-anak. Betapa sabarnya dirimu dalam mendidik anak-anakmu... Terima kasih jua kerana sudi menerimaku sebagai menantu dan ibu kepada cucu-cucumu.  Maafkan aku emak...kerana tidak dapat menjadi menantu yang baik, tidak dapat menjaga anakmu dengan baik sepertimana engkau menjaganya... Kepada anak kepada mertuaku yang men

Lukisan Zaman

(Inilah sebahagian kisahku) Dari Diari Aku Budak Kampung Sekolah Rendah Tahun 1982 Aku mula bersekolah di Sekolah Rendah   Mariam Convent, Setapak Kuala Lumpur pada usia tujuh tahun.   Pada masa itu, abah hanya mendaftarkan aku seorang sahaja bersekolah di situ, manakala abang aku di Sekolah Rendah Klang   Gate. “Mak, kenapa hantar oghe sekolah tak sama dengan Abang Din,” Tanya aku pada emak pada suatu hari. “Kenapa,” Tanya mak. “Tak adalah, sekolah tu jauh, kena naik truck pulak tu, pagi-pagi kena bangun awal.” Pandai pula aku komplen. Sejak hari itu, bersekolah aku di situ hingga sampai darjah 5. Asal dari kampung akhirnya balik ke Kampung Juga Suatu hari, balik dari kerja, Abah memberitahu emak dan kami adik-beradik tentang perpindahannya ke Kem Desa Pahlawan, Kelantan. Di ringkaskan cerita kami semua   berpindah ke Kelantan pada pertengahan tahun 1985. Alangkah seronoknya berdekatan dengan saudara-mara. Naik Motor BAS 2652 Tiba masa daftar ke sekolah

Ada Hati Rasa Resah

Saat Baba hendak berangkat ke Jepun, ada hati yang resah, ada hati yang sedih, manakan tidak namanya hati juga perasaan. Sebagai seorang isteri, betapa berat rasanya memikul amanah seorang diri, menguruskan enam orang anak di saat menghadapi masalah "Suara" tapi inilah peluang untuk saya merasa bagaimana menguruskan anak tanpa suami disisi. Benar cuti selama hampir lima bulan ini  saya dapat merasakan banyak perkara yang tidak berpeluang saya merasakannya sebelum ini. Apa tidaknya macam-macam perkara yang saya sudah lalui, menjaga anak yang tidak sihat, di samping diri sendiri tidak sihat, menjaga suami yang terkena Gout selama hampir seminggu dan menjadi driver pada anak-anak. Oh ya, mengapa saya menjadi driver kepada anak-anak? Tak lain dan tak bukan, atas saranan sepupu saya "Mek" bagi menghilangkan rasa boring duduk di rumah katanya cubalah menghantar dan menjemput anak-anak di sekolah, Sekurang-kurangya ada aktiviti yang dilakukan setiap hari. Alhamdulillah