Posts

Showing posts from 2016

Kehidupan yang tersembunyi

Disediakan oleh NIK NORLIZA BT MUSTAPA Pada hemat kita yang diam tidak bergerak itu adalah mati, manakala yang subur dan bergerak itu adalah yang hidup. Pernahkah kita  memperhatikan pada tumbuhan-tumbuhan, keluarnya tumbuh-tumbuhan dari biji benih dan keluarnya biji benih dari tumbuh-tumbuhan, begitu juga pada kehidupan binatang, keluarnya ayam dari telur dan keluarnya telur dari ayam. Betapa menakjubkan kita   memperhatikan keadaan ini. Allah Maha Suci  dan  Allah Maha Besar. Kita akan sedar bahawa disebalik  biji benih dan telur itu bukanlah berada pada yang mati, tetapi berada pada yang hidup, kerana dalam kedua-duanya terdapat hayat yang tersembunyi dan persediaan ke arah hayat yang seterusnya, yang juga turut akan membawa jenis baka atau warisan yang  mana kehidupannya juga sungguh menakjubkan. Itulah ciptaan Allah yang Maha Hebat. Sebagaimana firman-Nya dalam surah Yunus ayat 31 yang bermaksud: " Dan siapakah yang berkuasa mengeluarkan yang hidup dari y
Ramadhan Datang lagi.... Hari ini sudah masuk 5 Ramadhan, teringat anakanda saya Nurul Fathul Ramadhani dan Ahmad Fathur Rizq lahir pada bulan ini. Bulan yang penuh barakah dan pengharapan mengharap redha Ilahi.