Oh, Tidak...

Cepatnya masa, betapa pantas masa berlalu, saat bertukar kepada minit, minit bertukar pula kepada jam. Selalu Hari Isnin hingga Jumaat aku berada dalam suasana kekalutan menguruskan hal anak-anak, hal diri sendiri dan terkejar-kejar ke ofice. Kalau lambat alamatnya jem teruklah ke Putrajaya. Berada lapan jam di pejabat, bahkan sembilan jam, kemudian menghadapi jem di Highway, berebut-rebut untuk balik ke rumah masing-masing, Oh tidak...tapi itulah kehidupan yang terkejar-kejar mengejar saat, minit dan masa, mengejar sebuah kehidupan hingga kadang-kadang tidak sempat untuk berwirid, berdoa dan berzikir, tidak sempat menguruskan kesihatan diri, tidak sempat bertegur jiran tetangga, tidah sempat untuk ziarah jiran, sahabat handai dan keluarga di kampung. Balik kampung pun masih terkejar-kejar, sehari dua balik, kembali lagi,

Hari Sabtu dan Ahad adalah hari menguruskan rumah-tangga, hari untuk bersama-sama suami dan anak-anak, hari untuk menguruskan rumah tangga. Akhirnya kembali pada hari Isnin dalam suasana letih. Sesekali bercuti....alangkah gembira kerana aku ingin rehat, rehat sepenuh diri, ingin memanjakan diri sendiri dari melakukan banyak perkaraa, ingin bermanja dengan suami, ingin memanjai anak-anak yang jika dihitung banyak masa mereka dihabiskan diluar rumah. Apa tidaknya mereka membesar di taska, apabila bersekolah, transit di taska, Jam 7.00 petang barulah sampai dipintu rumah, Kasihan mereka, tidak seperti aku dulu yang mengenal kehidupan bermain bersama kanak-kanak di kampung sendiri, berbasikal, berlari di sekitar rumah dan sebagainya...

Hari ini aku, aku rehat seketika dari sebahagian kepenatan, Cuti selama enam bulan akan kugunakan sepenuhnya untuk melangsaikan hutangku pada anak-anak. Aku bahagia, bila aku dapat membuat perkara yang aku suka, terasa diri, betapa seronoknya menjadi suri rumah, batapa masa yang Allah berikan ini sangat berharga untuk diisi sepenuhnya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, sebenarnya jika 8 jam berada di pejabat, di rumah sebagai suri rumah, masa tersebut belum cukup, suri rumah bekerja 24,jika rehat hanya seketika cuma kerana tugas sentiasa ada, bersyukurlah pada ibu diluar sana yang menjadi suri rumah, kerana kalian terpilih berada dirumah mencukupkan keperluan suami dan anak-anak.

Bagi yang bekerja, masa bersama keluarga dan menguruskan rumah tangga terpaksa dibahagi-bahagikan. Ibaratnya jika keluar bekerja   6.30 pagi balik 6.30 petang. Balik kerumah bekerja lagi 6.30 petang hingga 6.30 pagi esoknya. Sermuanya hebat....Suri Rumah hebat, wanita bekerjaya juga hebat, masing-masing punya tanggungjawab yang perlu diselesaikan, cuma sesekali terfikir, alangkah indahnya jika seorang ibu dapat menyempurnakan tugasnya seorang ibu, jika seorang isteri dapat menyempurnakan tugasnya sebagai seorang isteri.

Terbayang-bayang dimata, terngiang-terngiang di telinga:
Kakak: Ok, sudah memahami
Amani: Statement 1:Mama, Kawan Kak Ngah tu, mama dia selalu berikan bekal, kita mama tak ada bekalkan apapun. Statement 2: Betul ke mama sudah berhenti kerja, nanti Kak Ngah nak tukar status mama.
Hanif: Mama, bestnyer kalau mama tak kerja. (sambil dipeluk dan diciumnyer aku.)
Imani: Boleh buat makan kat kita hari-hari.

Setiap pagi ku sediakan pakaian mereka,sarapan dan kadang-kadang bekalan untuk mereka dan ku hantar mereka sampai ke kereta, mereka masing-masing akan berebut untuk bersalam dan mencium pipi kanan dan kiri. Begitu juga dengan baba mereka... Terasa anak-anak  dan suami begitu menyayangi aku. betapa saat ini mereka sangat memerlukan aku untuk menguruskan mereka. Lambaian tangan mereka akan hilang seusai kereta semakin menjauh pergi, begitulah hari-hari ku hingga saat ini.

Ya Allah, setiap saat, minit dan jam yang kulalui dan akan ku lalui ku berharap sentiasa dalam redha-Mu ya Allah, sambil memandang ke langit dan melangkah kaki ke pintu rumah, sempat memandang ke langit begitu indahnya ciptaan-Mu, Betapa Maha Kuasa dan Maha Pengatur-Nya Allah, Dia yang mengatur kehidupan makhluknya. Moga-moga pada pagi ini, Dia memberi keberkatan dalam hidup kami sekeluarga,  memberi kemurahan rezeki dan menjaga kami sepanjang Hari...Amin.


Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu