Mereka Tuan Kita

Hari ini, bermula tugas baru saya sebagai seorang "Ibu Supir" membawa anak-anak ke sekolah. Disamping tugasan sedia ada sebagai "ibu rumah tangga", Suami saya macam x confident ajer bila dia kata, " mama 3, 4 hari ini mama kena ambil hantar anak-anak, abe out-station". Saya menjawab ringkas, "Ok, tak jadi masalah," Sebenarnya dalam hati saya nak cuba mengambil perhatian anak-anak, saya nak tunjukkan bahawa saya nak buat yang terbaik untuk mereka, menghantar mereka dan menjemput mereka sambil melayan kerenah mereka, saya nak cuba dekati hati dan perasaan mereka kalau boleh nak curi hati mereka supaya saya dekat dihati mereka, mudaha-mudahan saya dapat mendidik mereka.

Saya teringat buku yang saya baca semalam, ada tiga peringkat mendidik anak-anak. Ringkasnya 7 + 7 + 7. 0-7 tahun mereka hendaklah dilayan dengan baik supaya mereka membesar dengan suasana yang positif. Seolah-olah mereka adalah tuan dan kita adalah pelayan yang sentiasa berkhidmat untuk mereka. Pada usia begini mereka belum boleh berdikari dan dalam proses belajar. seterusnya peringkat kedua dan ketiga...tunggu penulisan saya akan datang....

Bahagianya kita jika kita dapat membahagiakan mereka, kerana mereka adalah bagian dari kita...Terima kasih untuk suami yang memberi saya merasa tugas baru...

Ops....sudah jam enam saya perlu menjemput mereka semula...

Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu