Cerita Tahun Sudah
Pamit Sebentar di Wang Kelian
Dalam bahasa Melayunya singgah sebentar di Wang Kelian. Dalam bahasa Melayu, kelian itu bermaksud kalian digunakan untuk ramai. Sememangnya tempat itu menjadi tumpuan orang ramai kerana di sana terdapat pasar tempat orang membeli belah dan sudah tentu saat kita membeli belah, kita menggunakan wang sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu barang. Kata orang Wang Kelian akan membuatkan wang anda habis tanpa sedar kerana rambang mata melihat barang-barang yang dijual dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding dengan Kuala Lumpur disamping kaki terus melangkah badan pula bermandikan peluh kerana kedai yang disusun kiri dan kanan jalan berjarak lebih 3 kilometer membuat siapa sahaja yang berkunjung akan berjalan lagi dan lagi...
Pengalaman
pergi ke Wang Kelian bersama
rakan-rakan, Mai, Angah, Siti, Syak, Megat dan Aziz sedikit sebanyak
menggamit memori untuk dikongsikan bersama. Kalau sebelum ini, aku sempat
sampai di Padang Besar, kali ini aku dan rakan-rakan sempat pula ke Wang Kelian
yang merupakan kawasan sempadan antara
Perlis-Thailand. Jalan untuk ke sana, Masya-Allah, ibarat jalan dari Tapah nak ke Cameron
Highlands, atau kalau anda pernah menjejak kaki ke Bumi Padang, antara kota Padang menuju ke Bukit Tinggi,
begitulah lebih kurang perjalanannya yang kalau tak biasa boleh membuat perut
menggulung-gulung dan mengeluarkan sesuatu yang tidak enak. Apa tidaknya,
menurun, mendaki, meurun lagi, menaik bukit, akhirnya sampai ke pos imegresen Malaysia.
Selepas melalui pos tersebut, kelihatanlah pasar yang menjalankan akitiviti
jualan.
Setiap hari Sabtu
dan Ahad kita bebas masuk sana tanpa pasport atau border-pass, tapi
agak-agaklah demi keselamatan diri sendiri, jangan sampai ke Wilayah Satun pula
sebab had yang dibenarkan adalah sekitar kawasan membeli-belah sahaja.
Berjalan-jalan
sambil berfikir, buah tangan yang hendak di bawa pulang untuk anak-anak, sempat
singgah membeli air untuk membasahkan tekak yang kehausan, dalam hati ingin
saya sampaikan pesan pada diri kalau nak datang membeli belah ke tempat yang
sebegini, dinasihatkan supaya memakai
selipar atau kasut yang tidak bertapak, kalau tak tahan panas, sediakan payung,
dan bawa air masak bersama, satu lagi,
rasanya kalau tempat macam ini, tak payahlah bawa budak-budak terutama yang
masih bayi, bukan apa kesian….kalau yang putih jadi macam udang yang kena
bakar, silap haribulan sampai dirumah terus demam, jadi mangsa ibu bapa yang nak
bershoping pula…Kesian…so jangan bawa anak-anak tau…
Sempat membelek –belek handbeg, kelambu, barang mainan untuk anak-anak dan
sebagainya tapi satupun tidak menggodakaan untuk dibawa pulang. Hairan betul
kali ini. Akhirnya aku balik dengan membawa sedikit buah tangan iaitu Kacang
Cerdik untuk anak-anak supaya jadi cerdik dan Biji Gajus atau ore kelate
panggil butir tere untuk suami dan aku…
Comments