Mengapa Ia Menjadi Milikku
Dia
berikan padamu
Katanya
padaku
Yang
Pantas diberi
Sesuatu
yang kita sayangi
Yang
disayang menjadi milikmu
Pula
jadi kesayanganmu
Masa
berlalu
Kini
yang disayang itu pula jadi milikku
Terima
kasih atas pemberian ini
Beri
makna yang besar dalam kehidupan kami
Menjadi
tatapan harian dan pedoman hidup ini
Akan
kubicarakan pada anak-anak saat ia mengenal sebuah kehidupan, bahawa kitab yang
dinamakan al-Quran itu, kitab yang agung, tiada sebanding dan dapat dibanding,
akan kuajarkan mereka bahawa kitab suci ini dibaca bukan sekadar mencari
barakah tetapi kebarkahan akan muncul saat kita mengikuti dan mengamalkannya, bukan
juga sekadar dihias indah dan dipojokkan di satu sudut, tetapi al-Quran menjadi
hiasan bagi diri manusia itu sendiri, bukan juga hanya sekadar di baca saat
menghadapi kematian bagi mendapatkan rahmat dari-Nya, tetapi Allah turunkan
al-Quran sebagai rahmat kepada manusia keseluruhannya.
Betapa
kasih-Nya Allah, betapa luasnya rahmah-Nya sehingga tidak dijadikan manusia ini
tanpa pedoman.
Wahai
anak-anakku…
Biar bertatih dan berat di awal
mempelajarinya, tetapi diakhir ia memberi manfaat dalam kehidupanmu. Begitulah
dengan kehidupan yang akan kita tempuhi,
setiap yang sukar Allah janjikan kemudahan, ini bermakna setiap yang susah akan
mendapat kesenangan dan kemanisan akan dirasai bagi orang yang pernah mengalami
kesukaran di awal. Begitu juga dalam pencarian ilmu, Ilmu itu perlu dipelajari,
perlu ditekuni, bahkan kerana mencari ilmu para ulama dahulu sanggup berhijrah
meninggalkan keluarga sepertinya Imam al-Shafi’i keluar mengembara mencari
ilmu. ….Ilmu yang bermanfaat akan member manfaat kepada orang lain.
Wahai anak-anakku…
Ketahuilah Allah turunkan al-Quran untuk memberi petunjuk kepada hamba-Nya,
yang daripada tidak tahu apa-apa kepada tahu,
Ia mengeluar manusia daripada kegelapan kepada cahaya, berpedomanlah dengan
al-Quran kerana ia akan menyinarkan kehidupan kita. Al-Quran iru membimbing
kita ke jalan redha dan selamat. Mari kita mengingati pesan Nabi kita, Muhammad
S.A.W . yang mafhumnya,:" Aku tinggalkan 2 perkara yang jika kamu
berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu
Al -Quran dan sunnahku. "
Wahai
Buah hati kami….
Janji Allah benar, Allah mengangkat dan
memuliakan orang yang suka membaca al-Quran seperti mana sabdanya Rasulullah SAW
yang bermaksud: “Orang yang paling baik antara
kalian ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.”
(Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi). Betapa ruginya orang yang tidak mahu
belajar al-Quran.
Al Quran merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi
panduan kita selagi mana kita berpegang
teguh dengannnya. Jangan biarkan dirimu kosong, basahi lidah dengan menyebut kalimah suci
itu, moga-moga apa yang kita baca, kita fahami dan kita hayati menjadi amalan
dalam hidup kita.
Mari kita doa bersama-sama…
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur
kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat hidup berkeluarga
sehingga kami dapat meneruskan tanggungjawab kami sebagai hamba-Mu..
Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami,
tingkatkanlah amal kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu
yang bermanfaat, tanamkanlah kecintaan kami kepada kitab suci-Mu,
Pedomanilah kami, bimbinglah, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang
mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami
daripada ujian-Mu yang berat, berkatilah hidup kami.
“Ya
ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri dan anak cucu
kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang
yang bertaqwa. Amin.
Daripada Abdillah bin Mas‘ud Radhiyallahu ‘Anhu beliau berkata :
“Sesungguhnya
al-Qur’an ini penolong yang diperkenankan syafaatnya.
Sesiapa
yang mengikutinya ia akan membawa ke dalam syurga dan
sesiapa
yang meninggalkannya atau berpaling daripadanya –
atau
menggunakan kalimat yang seumpamanya
nescaya ia akan dicampakkan batang tubuhnya
masuk ke neraka.”
Comments