Cerita Mereka Cerita Kita

Lokasi rumah di simpang tiga menjadi laluan utama penduduk kampung lalu lalang. Cerita mereka, sudah ramai yang balik berhari raya dari jam 3.00 pagi kedengaran deruman enjin kenderaan melewati simpang tiga. Entah sudah berapa buah kenderaan yang lalu. Tatkala siang, kelihatan lagi kenderaan masuk, berdiri aku di hadapan pintu sambil mencuping dengar perbualan jiran-jiran yang bertamu ditangga itu...

"Ramai dah org balik beraya, budak-budak dumah balik belaka ko?" tanya Mak Cik A kepada Mak Cik C dan D.
"Duo ore jah kelik taun ni, hok lain tak dapat cuti, kena standby musim raya," Kata Mak Cik B.

"Budak-budak rumah ambo kelik belako," Kata Mak Cik C dengan  nada gembira.

Apa pun pada Hari Lebaran, pastinya Ibu bapa gembira bila anak-anak berada disamping, bagi yang dekat akan berkunjung di pagi raya, bagi yang jauh akan bercuti panjang untuk pulang berhari raya, begitulah dengan rutin kehidupanku jua semenjak tinggal berjauhan dari sanak-saudara, tak ceria berhari raya kalau beraya di rumah sendiri tanpa orang-orang terdekat.

Ku lihat di tepi kolam sana....Abah sedang melayan Hanif mengail ikan. Di laman rumah sambil melayan tetamu mata emak mengawasi si kecil Yaya bermain pasir di laman rumah.

Suasana di kampung cukup indah, dikelilingi oleh menghijaunya pokok-pokok, di sebalik jendela belakang rumah nampak ketinggian bukit  dan di sebalik jendela sudut tepi nampak pagar kubur tempat penginapan terakhir kita. Dulu air telaga di belakang rumah itulah menjadi tumpuan orang singgah untuk mendapatkan air sekendi dua untuk di bawa ke kubur.

Begitulah lokasi strategi rumah Tok Bah dan Tok Mok. Kerana lokasi yang strategi itulah dahulunya menjadi tempat anak-anak kampung yang sezaman denganku singgah seketika mendapat seteguk dua air di telaga. Airnya yang jernih dan segar memang enak diminum begitu sahaja, tapi hati emak tak sampai hati melihat anak-anak  lain menceduk minum air mentah, lalu seingatku....setiap jam hampir pulang sekolah emak akan sediakan air masak dan kdgkala air sirap sekendi untuk dijadikan nkpd anak2 yang singgah.

Masa telah berlalu dan semuanya telah dewasa.....

Justeru bila pulang sesekali ke kampung, kalau berselisih dijalanan jarang sudah saling kenal mengenal, mungkin juga kenal tapi tak berkesempatan bertegur sapa, maklumlah di atas kereta bertutup cermin, sekadar senyum dan angkat tangan. Nilai persahabatan dan persaudaraan semakin renggang,  kehidupan di kampung sudah di bandarkan juga tanpa sedar dek kerana urusan sibuk yang tak pernah selesai.

Sibuk di bandar sibuk jua di kampung, kalau di bandar sibuk dengan masalah sosial, di kampung jua begitu, dimana-mana ada masalah, yang penting bagaimana cara masyarakat dapat mengatasinya dan kita sebagai bahagian dalam masyarakat mari kita fikir bagaimana cara terbaik sebagai makhluk masyarakat.










Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu