Rahsia Hayat dan Maut
Pada hemat kita yang diam tidak bergerak itu adalah mati, manakala yang subur dan bergerak itu adalah yang hidup. Pernahkah kita memperhatikan pada tumbuhan-tumbuhan iaitu keluarnya tumbuh-tumbuhan dari biji benih dan keluarnya biji benih dari tumbuh-tumbuhan, begitu juga pada kehidupan binatang, keluarnya ayam dari telur dan keluarnya telur dari ayam. Betapa menakjubkan jika kita memperhatikan keadaan ini. Allah Maha Suci dan Allah M aha Besar . Kita sedar bahawa disebalik biji benih dan telur itu bukanlah berada pada yang mati, tetapi berada pada yang hidup, kerana didalam kedua-duanya terdapat hayat yang tersembunyi dan persediaan ke arah hayat yang seterusnya, yang juga turut akan membawa jenis baka atau warisan yang mana kehidupannya juga sungguh menakjubkan. Itulah ciptaan Allah yang Maha Hebat. Sebagaimana firman-Nya dalam surah Yunus ayat 31 yang bermaksud: " Dan siapakah yang berkuasa mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan men...