Posts

Syukur

Syukur kerana diberi kesihatan yang baik Syukur kerana dimurahkan rezeki Syukur masih selamat Syukur, syukur dan terus bersyukur Apa makna syukur Bahasa mudahnya syukur ialah menyedari bahawa semua nikmat yang ada pada diri kita, baik yang zahir mahupun yang batin sebagai kurniaan dan pemberiaan dari Allah. Tanda Syukur *Rasa gembira tentang wujudnya nikmat pada diri iaitu dilapangkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri. *Memperbanyakkan mengucapkan syukur dan terima kasih *Mengerjakan ketaatan kepada Allah dan memohon pertolongan dalam mengerjakan ketaatan *Membesarkan nikmat Allah, sekalipun nikmat itu kecil.

Sedih, sedih, sedih kerana sebelah kasut

Hari ini seperti biasa, suamiku menjalan rutin hariannya menjadi Pak Supir menghantar kami anak beranak ke destinasi masing-masing. Sebelum sampai ke destinasi pertama, kakak bersuara, "Baba kasut kakak sebelah tertinggal," Oh, apa nak jadi, nak kena patah baliklah nih, apa nak buat supaya perkara seperti ini tidak lagi berlaku, desis hatiku. Macam mana nak ajar anakku yang seorang ini supaya lebih berhati-hati.Macam mana nak ubah sikapnya yang selalu "tak kisah" tentang diri sendiri. Adakah aku telalu memanjakan dia, atau memang dia merasa kurang kasih sayang disebabkan aku bekerja atau adakah aku yang sebenarnya tidak pandai mendidik anak. Pelbagai persoalan bermain diminda. Aku buntu...Inikah dilema seorang ibu yang bekerja... Mengutip pendapat seorang dr. Tiada ertinya bagi anak-anak yang dibesarkan dirumah, tetapi tidak mendapat kasih sayang ibu bapa... Persoalannya, sikap anak yang sering memberontak, tidak mendengar cakap, tidak hormat dan sebagainya adakah...

Menyuntik Jiwa Anak Mengenal alam Ciptaan Tuhan

Menyuntik Jiwa Anak Mengenal alam Ciptaan Tuhan Ayuh anak-anakku, lihatlah keluar tingkap sana...betapa indahnya alam ini. Alam yang diciptakan Tuhan untuk kita semua... Anak-anakku...Lihat dilangit Indahnya Ciptaan Tuhan, warna yang putih kebiruan amat sejuk mata memandang. Begitu indahnya ciptaan Tuhan, menjadi bumbung seluruh penghuni dunia. Tiada Tiang yang menongkat atau tiang yang mengampunya. Alhamdulillah... Anak-anakku...Lihat matahari Mulai keluar dicelah-celah awan dengan warnanya yang bersinar indah yang akan menerangi hari ini. Alhamdulillah... Bayangkan anak-anakku jika matahari tiada, apa akan jadi dengan alam ini? Indahnya ciptaan Tuhan, matahari yang hanya satu itu, dapat menyinari seluruh dunia. Alhamdulillah... Anak-anakku...Lihat pula di langit kadang-kadang hujan mencurah ke bumi Setiap titisan hujan yang turun memberi manfaat pada seisi alam, Pada manusia dapat dijadikanminuman, pada tumbuhan dapat menyegarkan, pada binatang dapat menghilangkan kehausan, air ...

ADAM DAN KELUARGANYA

Umar, Fatimah, Husam, Ahmad dan Zainab mengelilingi ayah mereka. “Anak-anakku sekelian, malam ini ayah akan ceritakan kepada kalian sebuah kisah manusia yang pertama bergelar khalifah Allah, yang dimuliakan dan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT berbanding makhluk lain.” kata ayah. “Siapakah manusia itu ayah?” tanya Umar. “Cuba kalian teka?” kata ayah. “Adakah Nabi Adam ?” tanya Fatimah pula. “Saya rasa tidak ada nabi lain selain Nabi Adam, ustazah di sekolah pernah bercerita tentang kisah nabi Adam ini,” kata Husam pula. “Memang benar anak-anakku, Nabi Adamlah yang ayah maksudkan itu,” kata ayah sambil membelek-belek kitab suci al-Quran. Firman Allah SWT yang maksudnya, Dalam ayat ini Allah telah mengkhabarkan kepada malaikat bahawa Dia hendak menciptakan nabi Adam sebagai khalifah di muka bumi ini. Bersambung semula dilain masa

Nikmat dan Iman

Manusia mesti bersyukur dan beriman Maksudnya: “ Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha mengetahui (akan hal keadaan mereka).” (Surah an-Nisa’ ayat 147) Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan tentang kedudukan orang-orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT dan kedudukan orang yang beriman kepada-Nya. Mereka akan mendapat balasan yang sebaik-baiknya. Allah SWT Maha Adil, Dia tidak akan menyeksa hambanya kerana dendam dan tidak pula kerana ingin mengambil manfaat terhadap sesuatu perkara. Allah SWT Maha Berkuasa Ia telah menyediakan pelbagai nikmat kehidupan kepada umat manusia khususnya dalam diri manusia sendiri Allah SWT telah menganugerahkan akal fikiran, pancaindera dan anggota badan lain ya...

Sudah Lama

Sudah lama aku, tidak menulis dalam blog disebabkan sibuk dengan urusan lain.

Pandanglah ke tempat yang rendah

Andainya, ukuran berjaya hanya berpaksi kepada pangkat dan kekayaan, kita akan cuba mengejar kedudukan dan kemewahan agar kita setanding dengan orang lain. Kita menjadikan ukuran itu sebagai pemangkin untuk berjaya. Semakin sibuknya hingga nilai-nilai persaudaraan dan persahabatan semakin terhakis dek kerana sikap kita yang tidak lagi membina silaturrahim antara saudara mara yang jauh dan dekat, bahkan juga jiran tetangga. Jika ada hanya musim-musim tertentu. Kita semakin jauh dengan mereka. Tembok pemisah itu terjadi tanpa disedari.... Jangan kita terlalu sibuk, sesekali tengoklah atau perhatikanlah orang yang berada disekitar kita. Ada pelbagai ragam dan peringkat manusia yang Allah ciptakan untuk kita berfikir mengenang pemberian Allah kepada kita. Semalam sedang saya makan bersama suami di sebuah restoran, saya didatangi oleh tiga orang yang tidak dikenali. Orang pertama datang membawa kerepek untuk dijual, saya membeli dengan rasa kesian, orang itu pergi... Orang kedua datang, d...

Hati Yang Selalu Muda

Sewaktu sedang mebelek-belek kitab hadis Shahih Muslim, terpanggil untuk menghayati satu matan hadis yang yang bermaksud, "Dari Abi Hurairah RA, katanya, Nabi SAW bersabda, "Hati seorang orang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara, iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda."(Hadis riwayat Muslim. no. 1007)

Rindu

Image
Rupa-rupanya bila berjauhan dengan mereka, aku jadi rindu....rindu yang teramat sangat... Bagaimana ya keadaannya orang yang tidak merasa menjadi ibu. Lambarnya minggu depan... nak balik kampung...ambik anak-anak...betullah anak-anak itu Qurratun A'yun...Apa yang pasti tiap kali terpapar gambar anak-anak di screen saver hati makin rindu. Hari ini baru ahad, esok isnin, selasa, rabu, khamis... Yahoo.... Malam Jumaat tiba....kami akan berangkat pulang...

Bab Zikir

Semasa membelek-belek buku tadi terbaca sebuah hadith yang bermaksud, "Terdapat tiga golongan manusia yang doa mereka tidak akan ditolak oleh Allah SAW (Bahkan pasti doa mereka akan dikabulkan). Pertama ialah mereka yang banyak berzikir kepada Allah. Kedua ialah seorang yang dizalimi dan ketiga ialah seorang pemerintah yang tidak melakukan kezalim. (Jamius Saghir). " Tutup kitab tanya diri, "Hari ini berapa banyak kita sebut nama dan ingat Allah semasa berdiri, duduk atau sedang baring-baring?" Dengan kata lain semasa senang-senang adakah kita ingat Tuhan atau hanya ketika berada dalam kesusahan baru kita ingat Pencipta kita? Dhaifnya kita sebagai makhluk.

Imani

Image
Semalam genap umur imani tiga tahun. Iman nak bagi mama kek, katanya. kemain keletah dia bercakap.

Cerita Kak Ngah

15/2/2009 Ahad Kedengaran tapak kaki menuju ke bilikku, siapa pula yang akan muncul dipintu bilikku ini? Mama,Mama..."Mama, kak Ngah tak nak apa-apa dari Baba,"Kata Kak Ngah. Kenapa tanyaku?. Sebab Kak Ngah main anak Ikan Baba!"Kenapa usik anak ikan tu?' Tanyaku. Kak Ngah suka anak ikan tu, tapi Baba tak bagi main, Tak pa Kak Ngah tak nak Kek Hari Jadi, Kak Ngah tak nak apa-apa lagi. Kak Ngah merajuk pada hari jadinya...Biarlah Babanya yang pujuk dia... Kak Ngah, anak yang sensitif dan mudah merajuk.... Merajuk ada dimana-mana; antara suami dengan isteri; anak dengan ayah; emak dengan anak dan lain-lain. Bagaimana nak mengatasi masalah merajuk, adakah harus dibiarkan begitu atau ada jalan penyelesaiannya....

Semasa Hari Raya Aidilfitri

Image
Kenangan semasa Hanif berusia setahun dan Kak Ngah berusia 2 tahun. Lokasi dirumah mak mertua.
Image

Tambah Pengetahuan Mantapkan Akidah

“Umpama kudis bernanah di badan, jika tidak diubati akan merebak ke bahagian lain,” begitulah juga dengan ketohoran ilmu, jika tidak berpengetahuan akan menjadi punca kerosakan diri dan masyarakat. Persoalan akidah merupakan inti sari utama dan tunjang terpenting yang terkandung dalam ajaran Islam. Bermula dengan pengertian kalimah tayyibah, yang membuka pintu hati seseorang menerima Islam sebagai cara hidup, sekali gus membawa seseorang yakin tentang rukun iman dan rukun Islam sebagai dasar dalam beragama. Fitrah beragama sebenarnya telah wujud dalam diri manusia sejak azali lagi sebagaimana kisah Nabi Ibrahim AS bersama kaumnya yang mencari Tuhan sehingga baginda berjaya menemui-Nya melalui pertunjuk Ilahi. Dengan anugerah akal sebagai salah satu instrumen untuk mencari kebenaran berdasarkan wahyu Ilahi sudah tentunya manusia dapat membongkar rahsia kejadian alam dan mengetahui betapa Allah Maha Berkuasa dan menyedari hakikat kejadian manusia sebagai hamba-Nya. Semakin yakin, semakin...

Rumah Mahsuri

Image

Sempat Menziarahi Makam Mahsuri

Image
Inilah Makam Mahsuri yang dipercayai tempat Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan. Tempatnya terletak di Pulau Langkawi , Kedah . Sekitar 12km dari Pekan Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Menurut lagenda, Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya sebaik sahaja dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri yang dikunjungi ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater tradisional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Anak Kedua

Nurul Fathul Amani Sekolah sejak umur tiga tahun, sekarang tahun 2009, tak nak pegi sekolah tadika Comel Sayang, Tahun ini mencecah umur lima tahun, kena tukar ke sekolah baru sebab mogok tak nak pergi sekolah. Sekarang bersekolah di tadika Tiara (Islamic Program Mentossori)

Anak Pertama

Image
Anak Pertama Kakak Nurul Fathillah Tarikh Lahir: 27 MAc 2001 Lahir di Machang Kelantan. Umur 8 Tahun Cita-cita: Doktor