Pandanglah ke tempat yang rendah

Andainya, ukuran berjaya hanya berpaksi kepada pangkat dan kekayaan, kita akan cuba mengejar kedudukan dan kemewahan agar kita setanding dengan orang lain. Kita menjadikan ukuran itu sebagai pemangkin untuk berjaya. Semakin sibuknya hingga nilai-nilai persaudaraan dan persahabatan semakin terhakis dek kerana sikap kita yang tidak lagi membina silaturrahim antara saudara mara yang jauh dan dekat, bahkan juga jiran tetangga. Jika ada hanya musim-musim tertentu. Kita semakin jauh dengan mereka. Tembok pemisah itu terjadi tanpa disedari.... Jangan kita terlalu sibuk, sesekali tengoklah atau perhatikanlah orang yang berada disekitar kita. Ada pelbagai ragam dan peringkat manusia yang Allah ciptakan untuk kita berfikir mengenang pemberian Allah kepada kita.
Semalam sedang saya makan bersama suami di sebuah restoran, saya didatangi oleh tiga orang yang tidak dikenali.
Orang pertama datang membawa kerepek untuk dijual, saya membeli dengan rasa kesian, orang itu pergi...
Orang kedua datang, dari pelatnya saya tahu dia orang Siam, memberi salam, lalu memulakan cerita tentang kesusahan dinegaranya. Saya tertanya-tanya apakah betul ceritanya ini atau sekadar meminta simpati. Akhirnya dia minta tolong membeli keropoknya yang jauh agak mahal dari kebiasaan yang saya beli. Saya menimbang-nimbang akan keadaannya yang terpaksa memikul keropok-keropoknya itu dari pagi hingga petang, menceritakan kesusahan yang berlaku dinegaranya....Entah kenapa celuparnya saya dengan mengatakan saya dah ada....maka orang itu berlalu...
Datang pula orang ketiga, seorang kanak-kanak memimpin ibunya yang buta, menjual tisunya. Kesian saya melihatnya lalu saya menghulurkan duit ringgit, Kanak-kanak itu menghulurkan tisu itu kepada saya. Saya tidak mengambil pemberiannya. Bukan tisu itu yang nak saya beli.... saya. Membuat saya terfikir lagi, kesian si ibu dipimpin ke sana kemari mungkin keletihan dia, mana suami, mana saudara mana jiran-jiran kenapa dibiarkan orang kurang upaya sepertinya terpaksa melalui hidup seperti itu..... Betul-betulkah mereka ini (keadaan orang yang kedua dan ketiga yang saya lihat) ini susah atau sekadar ada maksud menagih simpati....Walau apa pun keadaan mereka, kita yang diberi sedikit kelebihan ini hendaklah timbang-timbang dan tengok mereka yang kekurangan ini supaya kita sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan pemberian Allah SWT. Hadis daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Tengoklah orang yang lebih rendah darimu, dan janganlah tengok orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah." Bersyukurlah setiap hari dengan anugerah dan limpahan kurnia daripada Allah SWT, berdoa dan berzikir supaya kita sentiasa mengharapkan belas ihsan-Nya dan sentiasa mengingat-Nya dalam apa jua keadaan supaya kita tidak tergelecah ke sudut yang boleh menggoyahkan keimanan kita. Suami kita, anak-anak dan keluarga kita mereka perlu diingatkan tentang betapa besarnya pemberian Allah terhadap umatnya supaya mereka tahu untuk bersyukur dan menghormati orang bukan sahaja orang yang lebih daripada mereka tetapi juga menghargai orang yang kurang daripada mereka dan kita mengharapkan moga-moga Allah juga menjaga hati kita menjadi umatnya yang beriman dan bertaqwa.

Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu