ADAM DAN KELUARGANYA


Umar, Fatimah, Husam, Ahmad dan Zainab mengelilingi ayah mereka.

“Anak-anakku sekelian, malam ini ayah akan ceritakan kepada kalian sebuah kisah manusia yang pertama bergelar khalifah Allah, yang dimuliakan dan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT berbanding makhluk lain.” kata ayah.

“Siapakah manusia itu ayah?” tanya Umar.

“Cuba kalian teka?” kata ayah.

“Adakah Nabi Adam ?” tanya Fatimah pula.

“Saya rasa tidak ada nabi lain selain Nabi Adam, ustazah di sekolah pernah bercerita tentang kisah nabi Adam ini,” kata Husam pula.

“Memang benar anak-anakku, Nabi Adamlah yang ayah maksudkan itu,” kata ayah sambil membelek-belek kitab suci al-Quran.

Firman Allah SWT yang maksudnya, Dalam ayat ini Allah telah mengkhabarkan kepada malaikat bahawa Dia hendak menciptakan nabi Adam sebagai khalifah di muka bumi ini.

Bersambung semula dilain masa

Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu