Sedih, sedih, sedih kerana sebelah kasut

Hari ini seperti biasa, suamiku menjalan rutin hariannya menjadi Pak Supir menghantar kami anak beranak ke destinasi masing-masing. Sebelum sampai ke destinasi pertama, kakak bersuara, "Baba kasut kakak sebelah tertinggal," Oh, apa nak jadi, nak kena patah baliklah nih, apa nak buat supaya perkara seperti ini tidak lagi berlaku, desis hatiku. Macam mana nak ajar anakku yang seorang ini supaya lebih berhati-hati.Macam mana nak ubah sikapnya yang selalu "tak kisah" tentang diri sendiri. Adakah aku telalu memanjakan dia, atau memang dia merasa kurang kasih sayang disebabkan aku bekerja atau adakah aku yang sebenarnya tidak pandai mendidik anak. Pelbagai persoalan bermain diminda. Aku buntu...Inikah dilema seorang ibu yang bekerja...
Mengutip pendapat seorang dr. Tiada ertinya bagi anak-anak yang dibesarkan dirumah, tetapi tidak mendapat kasih sayang ibu bapa...
Persoalannya, sikap anak yang sering memberontak, tidak mendengar cakap, tidak hormat dan sebagainya adakah kerena mereka kurang mendapatkan kasih sayang atau perhatian.

Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu