Nikmat dan Iman

Manusia mesti bersyukur dan beriman

Maksudnya: “Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha mengetahui (akan hal keadaan mereka).”

(Surah an-Nisa’ ayat 147)

Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan tentang kedudukan orang-orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT dan kedudukan orang yang beriman kepada-Nya. Mereka akan mendapat balasan yang sebaik-baiknya. Allah SWT Maha Adil, Dia tidak akan menyeksa hambanya kerana dendam dan tidak pula kerana ingin mengambil manfaat terhadap sesuatu perkara. Allah SWT Maha Berkuasa Ia telah menyediakan pelbagai nikmat kehidupan kepada umat manusia khususnya dalam diri manusia sendiri Allah SWT telah menganugerahkan akal fikiran, pancaindera dan anggota badan lain yang mempunyai fungsi dan memberi manfaat yang cukup besar kepada umat manusia. Alangkah ruginya jika umat manusia tidak menggunakan nikmat yang diberikan ke arah kebaikan sehingga tidak mengetahui cara yang benar untuk bersyukur kepada Allah SWT. Malahan terdapat segelintir umat manusia yang menjadi kufur terhadap Allah SWT. Golongan seperti ini akan mendapat balasan di akhirat atas apa yang dilakukannya semasa hidup di dunia.

Manakala orang yang sentiasa bersyukur dan beriman kepada Allah SWT akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Orang yang bersyukur akan sentiasa memanfaatkan nikmat pemberian Allah SWT dalam pelbagai aspek kehidupan sehingga ia menjadi orang yang benar-benar taat dalam beribadah kepada Allah SWT sebagai tanda kesyukurannya. Allah SWT akan menyediakan pahala bagi orang-orang yang bersyukur dan beriman kepada-Nya serta memberi darjat kedudukan yang lebih mulia daripada apa yang mereka miliki sebagai balasan. Allah SWT juga akan membalas ketaatan dengan darjat yang tinggi dan membalas amal di dunia dengan nikmat di akhirat tanpa batas. Sebagai umat manusia kita hendaklah sentiasa bersyukur dan beriman kepada Allah SWT

Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu