Sempat Menziarahi Makam Mahsuri




Inilah Makam Mahsuri yang dipercayai tempat Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan. Tempatnya terletak di Pulau Langkawi, Kedah.

Sekitar 12km dari Pekan Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka.

Menurut lagenda, Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya sebaik sahaja dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.

Makam Mahsuri yang dikunjungi ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater tradisional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.


Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu