Lahirnya Semangat kerana C.I.N.T.A.

12 Rabiul Awwal  1435 H

Bulan ini masyarakat memperkatakan tentang cinta dan melahirkan rasa kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Mengungkapkan kisah kasih  dan sayang supaya akan lahir rasa semangat dalam berkehidupan. Mencontohi dan menghayati kehidupan Nabi  SAW perlu ada dalam diri setiap masyarakat.

Perlu diketengahkan kasih sayang dan cintalah yang menyebabkan lahirnya semangat dalam kehidupan para sahabat sehingga mereka tidak hiraukan tentang kehidupan dan tidak berangan-angan untuk berumur panjang, mereka tidak teringatkan harta dan mereka tidak takut pada kesusahan, malah mereka tidak bimbang akan kematian.

C..I...N....T...A bukanlah suatu perkara yang boleh dijelaskan...Cinta ialah satu keadaan hati yang mengatasi lafaz-lafaz perkataan dan baris-baris ayat. Cinta ialah satu perkara yang apabila telah  berakar dalam hati dan menunjang dalam perasaan akan menguasai segala perkara yang ada kaitan dengan perkara yang dicintai. Lantaran itu maruah dan kehormatan diri, kemuliaan dan keagungan tidak lagi bererti dalam membela orang yang dicintai.

Semoga Allah SWT dengan kemurahan-Nya dan dengan berkat kekasih-Nya mengurniakan kepada kita cinta kepada-Nya dam kepada rasul-Nya yang suci sehingga kita dapat merasakan kelazatan dalam beribadat dan berasa bahagia dalam menghadapi setiap penderitaan demi agama.

Dikutip daripada penulisan Shaikul Hadith Hadhrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahialaih

Bertanya pada diri Bagaimana dengan kita?


Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu