Melayan Perbualan Anakanda

"Mama....kita nak cakap ini," Kata Imam belum sempat habis ayat seterusnya, Hanif mencelah..."Di sekolah kita belanja....." Ku pandang suami, Apabila nampak suami membuka mulut untuk berkata....belum sempat berkata, Iman sudah mendahului baba, katanya," Baba hari ini kita ada berita gembira dari sekolah," Aku bertanya, "berita, berita apa iman?" Dia dengan lantas menjawab, "Ibu-bapa kena ke sekolah ambil duit RM100.00 sambil tersenyum," Hanif mencelah perbualan pula, "Kita tak dapat surat macam Imana, tapi Baba kena datang ke sekolah untuk ambil duit, nanti bagi kita tau," Baba mereka sambil memandu si kenari kesayanganku berkata, "Mana boleh budak kecil pegang duit banyak, nanti hilang dan bahaya kena curi, biarlah baba yang pegang duit kamu....

He..he...duit, duit...anak sudah pandai menilai duit...begitulah situasi dalam kereta, setiap kali pulang dari kerja dan mengambil merekaa di transit. Macam-macam cerita yang ingin disampaikan, tadahkanlah telinga...kerana mereka perlu dilayan....jika kita tak melayan mereka siapa lagi....

Apabila sampai di rumah... Si kecil yang manis sedang menunggu, masing-masing juga ingin bercerita dan ada cerita....biarkan mereka bercerita supaya mereka menjadi petah suatu hari nanti. Yaya semakin petah bercakap kerana mengikut cara kakak Amina berbual.

Anakku yang dua lagi....minggu lepas ketika outing banyak cerita yang ingin disampaikan sampai tak tau mana dahulu nak didahulukan, seminggu tak jumpa namun yang paling terharu ketika si K.Ngah dan Kakak khabarkan hadits yang disampaikan oleh guru, Alhamdulillah, mereka sudah tahu apa itu hadis nabi. Mereka telah mula menghafal al-Quran.

Mama dan Baba doakan yang terbaik untuk kalian. Amin...




Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu