Semalam Hari Ulang Tahun Kahwin Kami

Syukur pada Allah SWT yang telah dan  sentiasa menganugerahkan rasa sayang kepada hamba-hamba-Nya. Rasa sayang yang lahir dari hati itu menyebabkan hati itu tidak kering untuk menyayangi dan merasa disayangi. Terima Kasih ya Allah atas  ketentuan-Mu yang telah mempertemukan pasangan ini dan memberi kebahagiaan kepada mereka. 14 tahun sudah berlalu  bermakna 14 tahun sudah melayari kehidupan berumahtangga. Teringat falsafah disebalik asam, garam dan gula yang disuap untuk dicicipi...rasanya hari ini sudah ku temu jawapannya....Mengapa ia menjadi adat  turun temurun. Disuapkan asam, garam dan gula untuk dirasai bersama....

Terima Kasih untuk Suami kerana sanggup berkongsi suka dan duka, menjagaku setiap masa, menunjuk jalan saat aku kebuntuan, mengajar aku tentang kehidupan, memberi  peluang aku menggalas sebuah tanggungjawab dan menjaga amanahmu setiap  masa.

Mohon maaf atas kekurangan, Semoga Allah SWT sentiasa menunjuk jalan pada kita sekeluarga.   Amin....


Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu