Pamit Sebentar di Wang Kelian Dalam bahasa Melayunya singgah sebentar di Wang Kelian. Dalam bahasa Melayu, kelian itu bermaksud kalian digunakan untuk ramai. Sememangnya tempat itu menjadi tumpuan orang ramai kerana di sana terdapat pasar tempat orang membeli belah dan sudah tentu saat kita membeli belah, kita menggunakan wang sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu barang. Kata orang Wang Kelian akan membuatkan wang anda habis tanpa sedar kerana rambang mata melihat barang-barang yang dijual dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding dengan Kuala Lumpur disamping kaki terus melangkah badan pula bermandikan peluh kerana kedai yang disusun kiri dan kanan jalan berjarak lebih 3 kilometer membuat siapa sahaja yang berkunjung akan berjalan lagi dan lagi... Pengalaman pergi ke Wang Kelian bersama rakan-rakan, Mai, Angah, Siti, Syak, Megat dan Aziz sedikit sebanyak menggamit memori untuk dikongsikan bersama. Kalau sebelum ini, aku sempat sampai di Padang Besar, kali...