Anak Bijak Bertanya, Ibu Mesti Bijak Menjawab






Teman-teman mari berkongsi pengalaman dalam mendidik anak-anak.
Kita akan gembira dan bersyukur bila anak-anak kita tanpa disuruh dan diajar ingin mencuba sesuatu yang baru. Begitu juga anak saya, Kak Ngah yang berusia lima tahun dan iman yang berusia tiga tahun serta Hanif yang berusia tiga tahun. Ketiga-tiganya petah bercakap dan kepetahan mereka mengundang rasa seronok bila mereka banyak bertanya hal-hal yang remeh dan soalan yang mudah dijawab, terkadang terpacul soalan yang sukar untuk saya sebagai ibu mereka menjawabnya kerana saya melihat tahap mereka untuk memahami sesuatu agak sukar jika tidak dijelaskan dengan sebaik mungkin dan sesuai dengan tahap pemahaman mereka.
Sudah tentu jawapan yang diberikan menuntut bukti yang jelas dan nampak pada pancaindera mereka dan jawapan si Ibu hendaklah dengan penuh hikmah agar sesuai dengan tahap kemampuan mereka. Soalan yang sering ditanya oleh Kak Ngah, "Allah itu jadikan kita kan mama?" Saya akan menjawab, " Ya Allah jadikan kita, jadikan Baba, Mama, Kakak, Kak Ngah, Hanif dan Iman. Tanyanya lagi, "Allah itu mana? Jawab saya dengan sedaya upaya dan menunggu persoalan seterusnya, "Allah itu ada dimana-mana." Mana tu kat mana? Kat Langit ke? Maha suci Allah, Soalan yang sukar untuk dijawab, bimbang anak-anak tersalah tafsir. Iman mencelah, Allah itu Maha Kuasa. "Ya Iman, Allah itu Maha Kuasa, Dia jadikan kita semua, Dia yang bagi kita makan, kita minum. Kak Ngah mencelah pula, Iman minum susu tu pun kerana Allah bagikan Ma!" Jawap saya, "Ya... Hanif melaung, "Allah Maha Kuasa, manusia tiada kuasa?" Kadang-kadang Hanif akan berkata, "Allah ada power tapi manusia tak ada power!" Katanya lagi Hanif ada power, power rangers!" katanya bersahaja. "Power rangers tu kartunlah Nif. manusia yang buat, kan Hanif hanya tengok dalam tv, macam upin dan ipin, ultraman dan lain-lain, Kartun mana ada apa-apa kuasa. Hanif kecek nih, sapa bagi mulut?" Sengaja saya menduga, "Allah bagi la mama? Kalu Allah tak bagi mulut bisu kan ma?" Ya lah...Jawab saya.Kuat betul pengaruh televisyen pada anak-anak.Macam mana nih, nak didik mereka....Saya termenung sendirian. Kadang-kadang termenungnya saya membuatkan suami bertanya," Kenapa nih?" "Entahlah, jawab saya, mendidik anak-anak ini satu cabaran yang hebat." Bimbang saya tak dapat melaksanakan amanah Allah ini. Berdosa kita!

Babak Kedua, "Kak Ngah nak solat tapi kenapa mama tak tunggu Kak Ngah?" jawab saya, "Kak Ngah kan tengah minum susu macammana nak solat, mama solatlah dulu!" Kak Ngah tak pandai solat sendiri, Kak Ngah nak solat ngan mama jugak," Untuk mengambil hati anak-anak aku pun mulalah solat semula sebagai panduan pada Kak Ngah dan Iman mula menarik kain solat juga. Lepas sembahyang Kak Ngah tanya, Makmun tu apa? Kakak yang sama-sama berjemaah menjawab, "Makmun tu, orang yang duduk di belakang imam, Mama jadi imam, Kak Ngah jadi Makmunlah." O...o...o...macam tu, nanti Isyak mama tunggu Kak Ngah tau. Ok jawab saya.

Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu