Posts

Ramadhan Kembali Lagi

Kembalinya 4 Ramadhan tahun ini bermakna genaplah usia Ramadhani 2 tahun. Pejam celik, pejam celik  begitu cepat masa berlalu, macam baru semalam aje menyambut kelahiran Ramadhan, tanpa sedar dia sudah besar, pandai bercakap, berjalan dan berlari anak. Yang penting sudah tahu beza antara sejuk dan panas. Sudah pandai pula bermain-main dengan anak kucing, memang penyayang orangnya, kalau minta susu, mesti dibuat dua, satu untuk kakaknya yang dipanggil "Nana" dan satu untuknya. Kalau dimarahi, pandai pula dia merajuk. Ayat lengkapnya tika ini, kalau diusik sudah pasti dan pasti dia akan berkata, "Tak nak kawan kamu," lalu dia melarikan diri seolah-olah merajuk. Namanya anak sedang membesar , sudah tentu banyak keletahnya....

Pesan Ibu Mertuaku

Tujuh tahun dahulu, Ibu mertua pernah berpesan, ujian Allah bermacam-macam, Allah datangkan ujian melalui anak, suami, harta dan lain-lain. Sebagai perempuan kita perlu banyak bersabar. Sebagai menantu dalam keluarganya, walau menantu seperti anak jua. Banyakkan sabar dalam hidup berumah tangga. Banyakkan doa semasa menyediakan makan dan minum supaya Allah ikat hati suami dan anak-anak dengan kasih sayang. Kepada Mertuaku, walau mertua seperti jua ibu sendiri, terima kasih atas kasih sayangmu  yang tulus, kerana nasihatmu dulu, hari ini aku berdiri dengan kekuatan dan semangat yang kau berikan, dengan kesabaranmu jua menjadi inspirasi kepadaku dalam membesarkan anak-anak. Betapa sabarnya dirimu dalam mendidik anak-anakmu... Terima kasih jua kerana sudi menerimaku sebagai menantu dan ibu kepada cucu-cucumu.  Maafkan aku emak...kerana tidak dapat menjadi menantu yang baik, tidak dapat menjaga anakmu dengan baik sepertimana engkau menjaganya... Kepada anak kepada mertuaku...

Lukisan Zaman

(Inilah sebahagian kisahku) Dari Diari Aku Budak Kampung Sekolah Rendah Tahun 1982 Aku mula bersekolah di Sekolah Rendah   Mariam Convent, Setapak Kuala Lumpur pada usia tujuh tahun.   Pada masa itu, abah hanya mendaftarkan aku seorang sahaja bersekolah di situ, manakala abang aku di Sekolah Rendah Klang   Gate. “Mak, kenapa hantar oghe sekolah tak sama dengan Abang Din,” Tanya aku pada emak pada suatu hari. “Kenapa,” Tanya mak. “Tak adalah, sekolah tu jauh, kena naik truck pulak tu, pagi-pagi kena bangun awal.” Pandai pula aku komplen. Sejak hari itu, bersekolah aku di situ hingga sampai darjah 5. Asal dari kampung akhirnya balik ke Kampung Juga Suatu hari, balik dari kerja, Abah memberitahu emak dan kami adik-beradik tentang perpindahannya ke Kem Desa Pahlawan, Kelantan. Di ringkaskan cerita kami semua   berpindah ke Kelantan pada pertengahan tahun 1985. Alangkah seronoknya berdekatan dengan saudara-mara. Naik Motor BAS 2652 Tiba masa...

Ada Hati Rasa Resah

Saat Baba hendak berangkat ke Jepun, ada hati yang resah, ada hati yang sedih, manakan tidak namanya hati juga perasaan. Sebagai seorang isteri, betapa berat rasanya memikul amanah seorang diri, menguruskan enam orang anak di saat menghadapi masalah "Suara" tapi inilah peluang untuk saya merasa bagaimana menguruskan anak tanpa suami disisi. Benar cuti selama hampir lima bulan ini  saya dapat merasakan banyak perkara yang tidak berpeluang saya merasakannya sebelum ini. Apa tidaknya macam-macam perkara yang saya sudah lalui, menjaga anak yang tidak sihat, di samping diri sendiri tidak sihat, menjaga suami yang terkena Gout selama hampir seminggu dan menjadi driver pada anak-anak. Oh ya, mengapa saya menjadi driver kepada anak-anak? Tak lain dan tak bukan, atas saranan sepupu saya "Mek" bagi menghilangkan rasa boring duduk di rumah katanya cubalah menghantar dan menjemput anak-anak di sekolah, Sekurang-kurangya ada aktiviti yang dilakukan setiap hari. Alhamdulillah...

Inilah Ceritaku Yang Tak Pernah Sudah

Image
Kisah 3 budak yang suka main taman. Suka tersangat suka, hinggakan setiap hari meniti dimulut perkataan nak main kat taman. Seronoknya mereka, apabila berpeluang bermain-main di taman.

Cerita Yang Tak Sudah-Sudah

Cerita memang tak pernah sudah, sebelum kita lahir, ibu bapa bercerita tentang kita bayi mereka yang bakal lahir, selepas lahir cerita tentang bagaimana nak mengasuh dan mendidik, bila kita pandai berfikir kita berfikir dan mula bercerita apa yang kita tahu dan alami, bila kita dewasa dan mula mengenali orang, kita mendengar cerita dan pelbagai cerita dan akhirnya bila kita meninggal, kita tidak lagi mendengar cerita tapi akan ada orang yang bercerita tentang kita sebagaimana kita mendengar hari ini orang bercerita tentang orang yang telah kembali ke Rahmatullah. Memang cerita tak pernah sudah-sudah begitulah apa yang kita lihat cerita di kaca televisyen yang menghidangkan pelbagai cerita tapi awasilah anak-anak kita daripada melihat cerita yang tidak bermoral kerana kita takut cerita yang dilihat memberi pengaruh pada nalar dan fikir mereka. Cerita mereka juga cerita kita, cerita bagaimana kita membesarkan mereka.

Cerita Tahun Sudah

Image
Pamit Sebentar di Wang Kelian   Dalam bahasa Melayunya singgah sebentar di Wang Kelian. Dalam bahasa Melayu, kelian itu bermaksud kalian digunakan untuk ramai. Sememangnya tempat itu menjadi tumpuan orang ramai kerana di sana terdapat pasar tempat orang membeli belah dan sudah tentu saat kita membeli belah, kita menggunakan wang sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu barang. Kata orang Wang Kelian akan membuatkan wang anda habis tanpa sedar kerana rambang mata melihat barang-barang yang dijual dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding dengan Kuala Lumpur disamping kaki terus melangkah badan pula bermandikan peluh kerana kedai yang disusun kiri dan kanan jalan berjarak lebih 3 kilometer membuat siapa sahaja yang berkunjung akan berjalan lagi dan lagi... Pengalaman pergi ke Wang Kelian bersama   rakan-rakan, Mai, Angah, Siti, Syak, Megat dan Aziz sedikit sebanyak menggamit memori untuk dikongsikan bersama. Kalau sebelum ini, aku sempat sampai di Padang Besar, kali...