Saudara Kita Tanggungjawab kita

Menziarahi saudara yang sakit

Berapa ramai antara kita apabila mendengar saudara-mara, sahabat handai dan jiran tetangga kita sakit, kita meluangkan masa untuk menziarahi mereka? Sebenarnya apabila sakit seseorang itu secara tidak langsung berhadapan dengan kesusahan dan penderitaan. Ia memerlukan sokongan ramai.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW ada bersabda, Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla akan berfirman pada hari kiamat nanti, wahai anak Adam (manusia semua), Aku ini sakit tetapi Engkau tidak suka menziarahi ku, manusia pun menjawab, wahai tuhanku, Bagaimanakah Aku dapat menziarahimu sedangkan engkau adalah Tuhan yang menguasai seluruh alam ini? Allah berfirman, Tidakkah Engkau mengetahui bahawa seorang hambaku si fulan telah jatuh sakit tetapi engkau tidak menziarahinya, Tidakkah Engkau tahu, sekiranya engkau datang menziarahi tentulah engkau akan berjumpa denganku yang duduk disisinya…(Riwayat Muslim)


2. Menjawab ucapan salam yang diberi oleh orang lain

Islam telah membawa ucapan salam yang tersendiri yang membezakan masyarakat Islam daripada masyarakat yang lain. Ucapan salam ini merupakan antara ciri masyarakat Islam yang sangat unik, menarik dan tersendiri yang tidak akan larut atau hilang dalam ciri-ciri masyarakat yang lain. Perbuatan berbalas-balas salam ini merupakan satu perbuatan yang amat mulia dalam Islam. Ucapan salam yang dilafazkan ketika berjumpa antara sesama muslim sunat hukumnya manakala orang yang menerima salam wajib menjawab salam tersebut.

Islam juga menganjurkan umatnya sentiasa memberi salam ketika bertemu tanpa menetapkan hari atau masa yang khusus untuk memberi salam. Ringkasnya, ucapan salam itu boleh diucapkan pada bila-bila masa sahaja apabila bertemu antara sesama muslim. Islam juga menyeru umatnya supaya menjawab salam dengan ungkapan yang lebih baik daripada orang yang memberi salam. Ungkapan yang lebih baik selalunya akan mudah mengikat hati yang keras menjalin persaudaraan yang ikhlas dan mesra ketika mewujudkan perkenalan di antara mereka yang belum kenal dan mengukuhkan lagi hubungan antara mereka yang telah sedia terjalin hubungannya.

Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu