Cuti di Akhir Tahun
Tahun ini anak-anak mengambil keputusan untuk bercuti di kampung. Aku dan Suami? Pengorbanan untuk kalian, Baba dan Mama stay di Bangi, meneruskan kerja "makan gaji". Buat anak-anak... Kami tak menghalang kehendak kalian untuk bercuti di kampung supaya kalian tahu bagaimana kehidupan di kampung asal kami dari sana jua. Buat Suami.... Biarkan mereka belajar tentang kehidupan di sana supaya nanti mereka tidak kekok dengan kehidupan kampung, berenang di sungai, mandi di kolah, menangkap ikan, menghidu bau getah susu, biarkan mereka mengenal kehidupan itu. Buat diri.... Sekali-sekala biarpun berat, itulah kehendak yang perlu ditunaikan, mereka tidak boleh dibiarkan berkurung di dalam tembok batu, tidak kenal jiran tetangga, tidak kenal kata bicara, mana yang baik dan yang buruk kerana terbatasnya dalam pergaulan. Cuba menjadi ibu yang baik memerlukan kita memahami banyak situasi, cuba menjadi ibu yang memahami, memerlukan kita memahami perasaan mereka, cuba memahami perasaa...