“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah Al-Hujurat: 10)
Catatan hamba
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Hamba orang biasa dilahirkan dlm keluarga yg biasa2 tapi mahu yg luar biasa...
Takutlah Wahai Si Pencuri Takutlah balasan Allah, Jika tidak dapat di Dunia di Akhirat Pasti di Balas Mencuri Yang Dilarang Teringat citer emak, orang kampung takut pakai barang kemas, takut dilihat pencuri, nanti kalau tiada orang di rumah, si pencuri akan masuk ke rumah mengambil barang kemas.Bukan itu sahaja bila diajukan soalan kenapa nak call emak susah sangat. Mak jawab call ajer pakai handset sebab kabel telefon pun orang curi. Kasihan sungguh....Rumah emak berkunci, kehidupan seperti rumah di bandar besar jugak rupanya. Jeriji besi menghiasi pintu dan jendela, tak ubah dengan rumah saya di bandar. Ingatkan kehidupan di kampung tidak seperti di bandar. Alahai telahan saya salah, saya lupa kita semua manusia. Kata emak, sebaik saja TNB gantikan kabel yang baru, tak sampai beberapa hari pasti kabel itu akan hilang lagi.. Jahat sungguh si pencuri. Anak siapa mereka? Anak jiran kitakah? Atau anak orang dari kampung seberang? Biarlah siapapun mereka kita kena berhati-hati. Ci...
Mendapat inspirasi dari Mr. Zubir untuk menulis kembali, lagi dan lagi...Menulis adalah terapi diri, cuba anda buat, saya telah mempraktikkan sejak tingkat 3, tatkala saya rindu pada Abah dan Emak serta adik-adik saya tulis di kertas, tatkala saya dimarah oleh guru juga saya tulis perasaan saya dan tatkala saya diumpat oleh kawan-kawan saya menulis apa yang terfikir dan perasaan saya ketika itu..Apabila saya menulis, saya rasa saya sedang mencurahkan perasaan saya dan hati saya lega....itulah perasaan saya pada ketika itu. Hari ini, saya ajar untuk anak saya menulis...kakak meluahkan perasaan dan apa yang dirasakan melalui tulisan yang mana suatu ketika saya pernah terbaca penulisannya, Rupa-rupanya ajaibnya penulisan ialah lebih terkesan daripada kata-kata. Kata-kata berlalu dan pergi, tapi tulisan akan kekal selagi tidak rosak dek curahan air dan lain-lain. Memberi kesan dan makna yang cukup besar saat meneliti baca dairi mereka. Sampai saat ini, hati akan berasa le...
Disediakan oleh NIK NORLIZA BT MUSTAPA Pada hemat kita yang diam tidak bergerak itu adalah mati, manakala yang subur dan bergerak itu adalah yang hidup. Pernahkah kita memperhatikan pada tumbuhan-tumbuhan, keluarnya tumbuh-tumbuhan dari biji benih dan keluarnya biji benih dari tumbuh-tumbuhan, begitu juga pada kehidupan binatang, keluarnya ayam dari telur dan keluarnya telur dari ayam. Betapa menakjubkan kita memperhatikan keadaan ini. Allah Maha Suci dan Allah Maha Besar. Kita akan sedar bahawa disebalik biji benih dan telur itu bukanlah berada pada yang mati, tetapi berada pada yang hidup, kerana dalam kedua-duanya terdapat hayat yang tersembunyi dan persediaan ke arah hayat yang seterusnya, yang juga turut akan membawa jenis baka atau warisan yang mana kehidupannya juga sungguh menakjubkan. Itulah ciptaan Allah yang Maha Hebat. Sebagaimana firman-Nya dalam surah Yunus ayat 31 yang bermaksud: " Dan siapakah yang berku...
Comments