RAMADHAN YA RAMADANI
Genap setahun kelahiran Ramadhani, Ramadhan datang lagi, Alhamdulillah, Aku bersyukur pada-Mu Ya Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk berada dalam bulan ini. Suasana di Pejabat agak berbeza kelihatannya, kebanyakan hadir ke pejabat lebih awal termasuk diriku dan petang pula ramai yang menganbil WP 1 dan 2 Cuma aku yang tidak sempat untuk menukarkannya, maka seperti biasalah aku keluar pejabat. Seminggu berada dalam bulan ini, aku tak larat bawa kereta sendiri, ku bisikkan pada suami, “Boleh tak bulan ini hantar saya?” “Boleh, tapi hanya bulan ini,” Tak apalah, Alhamdulillah, boleh turun lewat sikit dan dapat juga balik awal, tak payah susah-susah nak berhadapan dengan jem. Oh, hidup ini penuh perjuangan, dan perjuangan nak pergi ke pejabat amat melelahkan bila berhadapan pergi dan balik dengan kesesakan lalu lintas. Sampai pernah terfikir jika nyawa ku diambil disini ya Allah, semoga perjalanan aku ke tempat kerja turut di kira sebagai jihad. Berbalik pada bulan ini, bula...