al-Quran Kalamullah

Tidak selayaknya al-Qur’an hanya dijadikan hiasan di dinding rumah, disimpan dalam almari, dilihat untuk dibaca pada masa-masa tertentu sahaja, atau difahami membacanya sebagai suatu ibadat tanpa memahami apa yang dibaca, sedangkan al-Qur’an itu mempunyai hikmah tersendiri yang harus digali dan dibongkar. Sudah tentu dalam galian dan pembongkaran tersebut, hasilnya ialah penemuan ilmu pengetahuan dan alat untuk memahami al-Quran ini ialah dengan menguasai bahasanya yang penuh dengan nilai-nilai estetika.
Masyarakat harus memahami tentang hakikat al-Qur’an bukanlah buku bahasa, sejarah, sains dan sebagainya tetapi al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan Allah untuk menjadi dustur hidup bagi manusia dunia dan akhirat, mengenal yang hak dan batin serta melaksanakan perintah Allah yang sebenarnya. Kita harus akur dengan kenyataan bahawa dalam al-Qur’an terkandung berita atau peristiwa masa lampau, masa ini (tatkala al-Quran diturunkan) dan masa hadapan yang secara keseluruhannya berisikan peraturan hukum berkaitan dengan masalah akidah, ibadah, muamalah, akhlak, hukum-hukum dan sebagainya. Justeru memahami bahasa al-Quran itu terasa akan keindahannya dan mempunyai hikmah yang besar buat masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Buat Si Pencuri

AYAT-AYAT CINTA

Rindu