Kehidupan yang tersembunyi
Disediakan oleh NIK NORLIZA BT MUSTAPA Pada hemat kita yang diam tidak bergerak itu adalah mati, manakala yang subur dan bergerak itu adalah yang hidup. Pernahkah kita memperhatikan pada tumbuhan-tumbuhan, keluarnya tumbuh-tumbuhan dari biji benih dan keluarnya biji benih dari tumbuh-tumbuhan, begitu juga pada kehidupan binatang, keluarnya ayam dari telur dan keluarnya telur dari ayam. Betapa menakjubkan kita memperhatikan keadaan ini. Allah Maha Suci dan Allah Maha Besar. Kita akan sedar bahawa disebalik biji benih dan telur itu bukanlah berada pada yang mati, tetapi berada pada yang hidup, kerana dalam kedua-duanya terdapat hayat yang tersembunyi dan persediaan ke arah hayat yang seterusnya, yang juga turut akan membawa jenis baka atau warisan yang mana kehidupannya juga sungguh menakjubkan. Itulah ciptaan Allah yang Maha Hebat. Sebagaimana firman-Nya dalam surah Yunus ayat 31 yang bermaksud: " Dan siapakah yang berku...