AYAT-AYAT CINTA Antara nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada semua makhluk adalah nikmat cinta. Setiap makhluk punyai rasa cinta, sama ada sesama mereka atau cinta kepada pencipta. Allah SWT telah menjelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 165 yang bermaksud: “Ada diantara manusia yang mengambil selain Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksanya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” Cinta adalah Fitrah Manusia diciptakan Allah SWT secara berpasang-pasangan iaitu lelaki dan perempuan. Mereka dikurniakan Allah SWT dengan rasa cinta, kemudian menjadi ...