Pandanglah ke tempat yang rendah
Andainya, ukuran berjaya hanya berpaksi kepada pangkat dan kekayaan, kita akan cuba mengejar kedudukan dan kemewahan agar kita setanding dengan orang lain. Kita menjadikan ukuran itu sebagai pemangkin untuk berjaya. Semakin sibuknya hingga nilai-nilai persaudaraan dan persahabatan semakin terhakis dek kerana sikap kita yang tidak lagi membina silaturrahim antara saudara mara yang jauh dan dekat, bahkan juga jiran tetangga. Jika ada hanya musim-musim tertentu. Kita semakin jauh dengan mereka. Tembok pemisah itu terjadi tanpa disedari.... Jangan kita terlalu sibuk, sesekali tengoklah atau perhatikanlah orang yang berada disekitar kita. Ada pelbagai ragam dan peringkat manusia yang Allah ciptakan untuk kita berfikir mengenang pemberian Allah kepada kita. Semalam sedang saya makan bersama suami di sebuah restoran, saya didatangi oleh tiga orang yang tidak dikenali. Orang pertama datang membawa kerepek untuk dijual, saya membeli dengan rasa kesian, orang itu pergi... Orang kedua datang, d...